Mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi bukan, begitulah yang boleh dikatakan apabila peminat selebriti jelita, Fasha Sandha bersama suaminya, Aidil Aziz apabila kecomelan anak mereka yang diberi nama Aisha menjadi perhatian umum.
Seperti anak selebriti yang lain, anak kepada Fasha Sandha ini juga sering meraih tumpuan peminat anak selebriti yang mana selebriti jelita ini juga sering berkongsikan perkembangan anak ketiganya itu diruangan Instagram peribadinya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Meskipun tidak memiliki akaun Instagram, Aisha sering mendapat perhatian peminat Fasha Sandha dan tak kurang juga ramai begitu geram menyaksikan kecomelan Aisha dalam rakaman video yang dimuat naik Fasha Sandha ini.
Dalam rakaman, Aisha dilihat sedang bermain dengan tisu dan ujar Fasha Sandha diruangan kapsyen memberitahu bahawa anak kesayangannya itu marah betul dengan tisu.
“Marah sungguh dia dengan tisu tu, apa salah tisu tu sayang…” tulisnya berserta satu rakaman video yang memaparkan telatah anaknya itu.
View this post on Instagram
Kecomelan Aisha nampaknya mendapat perhatian dengan dalam masa yang sekejap juga ditinggalkan ribuan tanda suka di perkongsian video tersebut.
“Nape comel sangat ni geramm”
“MasyaAllah… cute nya sayang”
“Allahu, comel sangat baby ni. Geram! There’s something special about her lips. Munggil teruks’
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply