Remaja hilang telefon, rakan-rakan kumpul duit belikan telefon baru bikin terharu

Mempunyai rakan-rakan yang setia ketika susah dan senang boleh dianggap seperti satu ‘kemewahan’ yang tidak semua orang bertuah untuk miliki.

Sesetengah orang lebih mementingkan kebahagiaan diri sendiri, namun ada juga yang bergantung kepada kegembiraan rakan-rakan untuk diri sendiri rasa bahagia. Jadi apabila salah seorang rakan sedang bersedih, mereka juga akan turut rasa tidak bersemangat.

Sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter 8aihaqi baru-baru ini memaparkan bagaimana dia dan rakan-rakannya bertindak untuk menyelesaikan masalah rakan mereka yang sedang kesedihan.

Dalam video yang tular itu, remaja tersebut memberitahu bahawa telefon salah seorang rakannya telah dirembat pada pagi video tersebut dirakam.

Oleh kerana tidak sanggup melihat rakan mereka itu menangis, dia dan rakan-rakan yang lain memutuskan untuk kumpul duit dan membelikan telefon baru untuk rakan mereka berkenaan.

Kurang dari 24 jam, mereka telah berjaya kumpul duit dan membelikan sebuah iPhone baru untuk rakan mereka itu untuk menggembirakannya.

Namun apabila mereka memberikan telefon baru tersebut kepada rakan mereka yang kehilangan telefon, remaja yang sedang bersedih itu menjadi bertambah sedih.

Perkongsian video tersebut membuat ramai turut tersentuh dan cemburu dengan persahabatan kumpulan remaja berkenaan.

“Rakan dalam kesusahan adalah rakan sejati…”

“Bestnya ada kawan macam ni…”

“Perlukan persahabatan macam ni…”

“member yang nak susah senang sama sama…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*