Sedar tidak sedar, sudah beberapa minggu kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan. Mungkin ada lagi yang masih tidak membiasakan diri dengan ibadah puasa ini dan kadang-kadang terlupa sedang berpuasa di siang hari.
Sama macam yang berlaku pada bapa ini apabila secara tidak sengaja termakan semasa menyuapkan anaknya. Gelagat lucunya ini turut membuatkan netizen terhibur ditambah pula dengan reaksi terkejutnya selepas itu.
Seperti yang dapat disaksikan di dalam video ini, lelaki tersebut sedang menyuapkan anaknya makan nasi. Dia yang masih di dalam keadaan mamai kerana baru saja bangun tidur terlupa dirinya yang sedang berpuasa pada ketika itu.
Tanpa dia sedar, lelaki itu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya dengan selamba. Mujur tidak lama selepas itu dia sedar dirinya sedang berpuasa dan meluahkan semula nasi di dalam mulutnya itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat bapa ini menyuapkan anaknya makan. Ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama semasa menyuap anak makan dek kerana telah biasa dengan rutin itu.
“Bulan puasa lagu ni pak pak memang rajin suap anak…”
“Ni siapa yang makan ni sebenarnya.”
“Kadang mak-mak pun sangkut. Suap anak sekali tersuap mulut sendiri time-time puasa.”
“Nak suap anak tersuap diri sendiri pula. Laki teriak ‘siapa sahur dengan aku subuh tadi’ auto keluar balik makanan tu.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : HCL
Leave a Reply