Terkini, tidak ada pengumuman mengenai perintah kawalan pergerakan ketiga (PKP 3.0) dalam kenyataan akhbar harian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Namun kemungkinan pelaksanaan PKP 3.0 telah meletakkan penduduk di Lembah Klang dan beberapa negeri lain dalam keadaan waspada.
Semalam, Kementerian Kesihatan berkata cadangan untuk PKP yang dikenakan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak telah dikemukakan.
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga berkata pada semalam bahawa status PKP di pelbagai negeri akan dikaji semula.
Pihak kerajaan yang berkepentingan dijangka akan membincangkan hal berkenaan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional esok.
Pada masa ini, hanya Kelantan yang berada bawah PKP penuh di seluruh negeri.
Kes C.OVlD-l9 telah meningkat naik, dengan jumlah kes aktif melebihi angka 30,000 hari ini. Jumlah pesaki.t di lCU juga telah mencapai tahap tertinggi selama tiga hari berturut-turut.
Semalam, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata unit rwatan rapi C.OVlD-l9 di hospital awam di Lembah Klang hampir mencapai kapisiti penuh, dengan penghuninya kini sebanyak 88 peratus.
Sultan Johor bertitah
Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berharap agar pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dirancang kerajaan adalah yang terakhir dibuat untuk mengawal pndemik C.OVlD-l9.
Baginda bertitah, jika ia dilaksanakan, perintah itu harus dilakukan secara berkesan dengan memastikan orang ramai turut memainkan peranan bagi menjayakan peraturan yang dikuat kuasa.
” Setiap kali apabila kita merasakan bahawa keadaan mula pulih daripada penularan C.OVlD-l9, namun sebaliknya jumlah .kes yang dicatatkan kembali meningkat lagi.
” Kita sekarang berada pada tahap yang sangat kritikal. Jumlah kes tidak menunjukkan tanda penurunan dan beberapa negeri termasuk Johor kini menjadi negeri berisiko tinggi.
” Pengorbanan mesti dibuat untuk kebaikan semua. Jangan kita menyesal kemudian hari, tiada gunanya,” titahnya.
Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi milik baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan menilai semula PKP yang sedang berkuat kuasa khususnya di negeri-negeri mengalami peningkatan mendadak kes posltif C.OVlD-l9.
Titah Sultan Ibrahim, walaupun sistem penjagaan kesihatan negara diurus tadbir dengan baik, namun semuanya mempunyai batas.
” Jika be.ban yang terp.aksa ditanggung menjadi keterlaluan, pasti akan membawa akibat yang tidak dapat dibayangkan.
” Kita tidak boleh membiarkan keadaan menjadi tidak terkawal seperti yang sedang berlaku di India sekarang. Kerajaan negeri diharap akan mengambil keputusan yang bijaksana dan bertindak demi kepentingan rakyat.
” Beta menggesa rakyat Johor agar segera mendaftar untuk menerima sunt1kan v4ksin. Percayalah kepada pakar kesihatan yang sahih, bukan khabar angin,” titah baginda.
Sumber:k0smo dan maIaysiakini via asiakini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : http://www.mediaviral.bbn.my/
Leave a Reply