Lelaki Jadi ‘Titi’ Kereta Kawalan Jauh Anak, “Hahaha Pengorbanan Seorang Ayah”

Pengorbanan seorang ayah berusaha gigih untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga dan anak-anaknya sudah pasti sesuatu yang sukar untuk dibalas jasanya. Setiap orang ada cara tersendiri dalam membahagiakan keluarga mereka.

Namun lain pula cara yang digunakan oleh seorang lelaki dimana rakamannya telah tular di sosial media. Dalam video itu kelihatan seorang lelaki meniarap di dalam sungai sambil tangan dan kakinya memaut pada batu. Ingatkan apalah yang cuba dilakukan, rupa-rupanya setelah ditonton video tersebut hingga habis barulah tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Rupa-rupanya lelaki jadi ‘titi’ kereta kawalan jauh anak nak seberang sungai, bertuah betul! Berikut adalah rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Tiktok Jangbarber779 ini:

Gigih juga lah si bapa ini yang sanggup usaha jadi titi supaya kereta kawalan jauh anaknya dapat seberang sungai tersebut. Apa-apa pun perkongsian video lelaki jadi titi ini telah meraih lebih 155 ribu tontonan dan 4,000 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha pengorbanan seorang ayah”

Bapa Sanggup Jadi ‘Titi’ 3

“Dalam hati, angkat dik angkat letak je tepi tu. Hahaha, ni la pengorbanan seorang ayah. Kau tak hargai tak tau la dik oiii hahaha”

Bapa Sanggup Jadi ‘Titi’ 2

“Jem sel sel otak aku fikir benda ni”

Bapa Sanggup Jadi ‘Titi’ 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*