Beri Penjelasan Isu Berselisih Faham Dengan Fauziah Nawi, Tya Arifin Tampil Mohon Maaf

Dalam melakukan kerja bersama pihak lain, adakalanya wujud salah faham akibat kesilapan berkomunikasi.

Perkara tersebut telah berlaku kepada pelakon senior Fauziah Nawi dan pelakon yang berasal dari Indonesia Tya Arifin.

Pada 30 April 2021, Tya telah memuat naik satu hantaran di Instagram beliau bagi menjelaskan perkara yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)


Menurut Tya, beliau perlu untuk tampil menerangkan apa yang berlaku setelah isu tersebut menjadi bualan ramai.

“Salam Semua, belakangan ini Tya ada terima beberapa dm, comment yang tak berkesesuaian.

Sebelum itu Tya nak minta maaf di atas apa yang berlaku.

Tya patut jelaskan juga, supaya tak menjadi kesalahpahaman yang besar dan disalah artikan.

Apa yang terjadi sebenarnya, hanyalah salah faham daripada pihak Tya dan Ibu.”

Selain memohon maaf, beliau menyatakan bahawa perkara tersebut terjadi kerana salah faham antara pihaknya dan Fauziah.

“Berikutan video yang tular di tiktok ataupun twitter menjawab isu yang berlaku, Tya nak jelaskan persoalan ini karna kelemahan komunikasi antara kedua-dua belah pihak saja.

Staff Tya, menghubungi pihak Ibu untuk memberi tawaran berlakon, pihak Ibu menerima tawaran dan bersetuju dengan harga yang Team tawarkan pada awalnya.

Tapi bila sampai di lokasi shooting, Tya diberitahu staff, ibu mengira ini merupakan projek dari pelajar Universiti.”

Bagaimanapun, kedua-dua pihak berjaya mencapai kata sepakat setelah berbincang secara baik.

“Namun lepas diberitahu dilokasi ttg campaign shooting Mutyara, dan tahu ttg Tya, ibu mula persoalkan isu bayaran.

Dan singkat cerita, di akhir perbincangan, pihak Tya & team bersetuju dengan bayaran baru yang diminta , supaya kami bisa meneruskan shooting pada hari tersebut.

Karna jika dibatalkan, akan merugikan banyak hal lain pula.”

Tya memberitahu bahawa beliau berbesar hati dapat bekerjasama dengan Fauziah, dan bersyukur segalanya berjalan lancar selepas itu.

“Tya sangat berbesar hati boleh berlakon dengan pelakon senior yang sangat baik, dan boleh beri kerja sama baik dengan Tya

Akhirnya, Alhamdulillah walaupun ada salah paham saat itu, kita berjaya juga menyelesaikan shooting pada hari itu juga, jam 5 ptg lebih saja.”

Beliau memohon maaf dengan apa yang berlaku dan berharap supaya perkara tersebut dapat menjadi pengajaran.

“Sekali lagi Tya mohon maaf dari pihak Tya atas kesalahpahaman yang berlaku.

Tya harap segala yang terjadi ini dapat dijadikan pengajaran untuk semua.

Terimakasih”

Sementara itu, ramai yang menyatakan pendapat mereka pada ruangan komen.

Yang penting, kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

Seperti kata Tya, semoga perkara ini menjadi pengajaran untuk masa akan datang.

Sumber: Instagram Tya Arifin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*