Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang arahan pengarah tersohor Mamat Khalid telah menemui penonton bermula 15 April yang lalu.Sudah beberapa hari ditayangkan, antara watak yang mencuri tumpuan adakah Yah Kucai, seorang gadis kampung yang tiga suku dan suka meronda kampung menaiki basikal.
Menurut pemilik nama sebenar Afea Deanna Baharudean, 21, pada asalnya dia bukanlah seorang pelakon dan terjun ke bidang tersebut setelah dipanggil oleh Mamat Khalid.
“Saya sebenarnya seorang pelatih praktikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bekerja secara sambilan di Sarang Art Hub, sebuah kedai milik Mamat Khalid.
“Dari situ, Mamat perhatikan cara saya layan customer, cara saya jalan, cara saya bergaul dan dia terus panggil saya untuk mengisi watak Yah Kucai,” kata Afea ketika dihubungi Gempak.
Tambah Afea lagi, Yah Kucai merupakan antara penghibur penduduk Kampong Pisang kerana dia seroang yang mudah didekati.
“Yah Kucai ni sebenarnya masa dia dilahirkan, mak bidan terjatuhkan dia. Tu yang otak dia tak berapa nak betul. Yah Kucai ni seorang tiga suku. Dia juga antara penghibur di Kampong Pisang sebab seorang yang ceria orangnya dan suka tersenyum.
“Saya tak sangka Yah Kucai mendapat perhatian penonton bermula dengan ayat ‘mi kari kuah laksa’ tular di media sosial.
“Bila tengok orang suka dan terima watak Yah Kucai ni, sedikit sebanyak saya gembira dan teruja. Sejak dari episod ‘mi kari kuah laksa’ tu, saya berazam untuk memperbaiki mutu lakonan supaya lebih natural.” jelas Afea lagi.
Filem ini masih mengekalkan pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri antaranya Barkoba (Bell Ngasri), Pak Din (Kazar Saisi), Pak Karim (Mat London), Pak Jabit (Aziz M Osman), Cik Purnama (Dewa Sapri), Daud M (Joey Daud) Faguha Jabar (Rashid Othman), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Yah Kuchei (Afea Deana).
Sinopsis
Dua penceritaan naskhah popular berjudul 16 & 17 Puasa serta Kampong Pisang disatukan dalam sebuah filem terbaharu berjudul ’18 Puasa Di Kampong Pisang’.
Mengangkat kisah tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang yang masih tidak meninggalkan kemungkaran walaupun sudah berada di bulan Ramadan.
Kisah bermula apabila Barkoba, seorang penduduk Kampong Pisang telah dir4suk sy4itan ketika bulan puasa!
Ia terjadi selepas durian jatuh menghempap kepalanya hingga menyebabkan Barkoba pengsan. Dia kemudiannya telah terserempak dengan syaitan yang ingin mengheretnya ke neraka jah4nam.
Begitupun, Barkoba beria-ia menafikan segala kesalahan yang pernah dilakukan, sekaligus menidakkan dirinya sebagai penghuni neraka. Namun syaitan itu telah membawanya ke perjalanan masa lampau bagi menyaksikan sendiri segala dosa yang pernah dilakukannya sewaktu hidup di dunia.
Pelakon
Naskhah ini digamatkan dengan persembahan lakonan Kazar Saisi, Bell Ngasri, Man Raja Lawak, Joey Daud, Siti Elizad Sharifuddin, Datuk Ustaz Kazim Elias, Aziz M.Osman, Namron, Jaafar Onn, Rani Kulop, Mat London, Yeop Hitler, Afea Deana, Dewa Sapri, Yah Kuchai, Ahmad Yasin dan Rashid Othman.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang kaut RM2 juta dalam 6 hari
KUALA LUMPUR: Sutradara Mamat Khalid terus melakar kecemerlangan apabila buah tangan terbaharunya, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM2 juta dalam tempoh enam hari siaran di platform Astro First.
Jika sebelum ini watak Barboka menjadi bualan penonton, memasuki minggu kedua tayangan, ia menyaksikan watak baru yang diperkenalkan dalam francais tersebut, iaitu Tyson 2 lakonan
Jaafar Onn turut menambat hati penonton menerusi dialognya “Mim Alif Kap Nun – Mati” di dalam salah satu babak di dalam filem tersebut.
“Ini juga adalah kemunculan semula oleh pelakon senior tersebut yang telah lama tidak muncul di dalam filem mahu pun drama,” menurut Astro Shaw dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu di laman-laman media sosial, orang ramai berkongsi rasa terkesan dengan mesej yang disampaikan selepas menontonnya.
Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya dan Mamat bersyukur filem 18 Puasa Di Kampong Pisang mendapat sambutan luar biasa.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton yang telah menonton di Astro First. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat barisan pelakon dan kru yang telah menjayakan 18
Puasa Di Kampong Pisang sehingga ia menjadi satu fenomena dan mempunyai simbolik tersendiri yang sinonim dengan bulan puasa.
“Selepas ini jika kita sebut nama Barkoba, saya yakin pasti ramai yang terus mengaitkan dengan orang tidak berpuasa dan bulan Ramadan, manakala ‘plastik hitam’ simbolik francais 18 Puasa Di Kampong Pisang.
“Kejayaan ini diharap dapat menjadi pemangkin dalam industri filem tempatan untuk terus bergerak ke depan meskipun dalam era normal baharu bagi tayangan filem,” katanya.
18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua ‘masterpiece’pengarah Mamat Khalid, iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa.
Ia mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.
Ketika Barkoba menikm4ti makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu ins1den.
Dia telah didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.
Barkoba mengabaikan zakat, menganaiyai orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan keced3raan dan kematian Kiambang.
Dapatkah Barkoba memperbetulkan kesalahannya yang lalu dan kembali ke dunia yang nyata dan berjayakah Barkoba menyelamatkan Kiambang?
Saksikan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang kini masih berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : http://transformasi.pw/
Leave a Reply