Foto: Aen
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah pastinya menginginkan cahaya mata yang bakal menyambung keturunan mereka. Namun, tidak semua pasangan akan diberikan rezeki untuk mempunyai cahaya mata sejurus selepas mendirikan rumah tangga. Bahkan, terdapat kes di mana pasangan suami isteri ini, perlu menunggu hampir 10 tahun bagi mempunyai cahaya mata sendiri di samping melakukan pelbagai usaha.
Seperti video yang dikongsi seorang wanita di laman TikTok dikenali sebagai Aen, menceritakan pengalamannya berjaya mengandung setelah enam tahun menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Bahkan, dia turut menceritakan pengalamannya menjalani proses persenyawaan in vitro (IVF).
Foto: Aen
Wanita cekal ini diuji dengan begitu hebat, apabila akhirnya dia disahkan mengandung oleh doktor yang merawatnya. Menerusi beberapa video yang dikongsi di laman tersebut, memaparkan dia bersama suaminya ditemani ahli keluarga yang terdekat berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan keputusan sama ada dia hamil ataupun tidak.
Pada mulanya, doktor itu seakan-akan memberi gambaran bahawa dia tidak hamil ketika itu. Namun, setelah melihat keputusan menerusi ujian kit tersebut, menunjukkan dua garis yang memberi petunjuk dia sedang hamil.
Apa-apa pun keputusan awak kena reda dengan apa sahaja keputusan.
Sejurus melihat keputusan itu, dia terus sebak tanda bahagia dan terus memeluk suaminya. Penantian mereka selama ini akhirnya terjawab, dan pada masa yang sama suaminya dan ibu mertuanya turut menangis di situ. Pada masa yang sama, sebelum ini, wanita ini juga berkongsi pengalamannya menjalani proses IVF dan dia perlu mengambil ubat-ubatan dan suntikan di bahagian perut.
Tidak berakhir di situ, dia juga perlu mengikut segala saranan yang telah diberikan oleh doktor supaya proses yang dilakukan itu berjalan dengan lancar.
Wanita cekal
@aenns_airizskinzVideo ain dah lama edit dan simpan dlm draf sebelum video offcial dr doktor viral lagi.. Nak postt tp nk tgu 4 bulan dulu tp dah viral awal2?#fyp♬ original sound – Aenns_AirizSkinz
Alhamdulillah, syukur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut gembira dengan berita tersebut dan mendoakan supaya wanita itu bersama kandungannya selamat sehingga hari dilahirkan.
Sumber: Aen
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply