Krisdayanti dan keluarganya kini harus melalui saat sukar. Manakan tidak, sekarang ini Krisdayanti terpaksa hidup sendirian hanya bertemankan anak-anak. Suaminya, Raul Lemos, terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anaknya untuk beberapa waktu.
Keadaan ini disampaikan oleh Krisdayanti dalam muat naiknya di media sosial. Penyanyi “Menghitung Hari” itu mengatakan bahawa Raul Lemos sekarang harus tinggal lebih lama di Timor Leste kerana peraturan protokol kesihatan yang ketat.
“Jarak dan waktu dipisahkan, saya tidak tahu berapa lama w4b4k itu berlalu,” tulis Krisdayanti di akaun Instagramnya @krisdayantilemos, baru-baru ini.
Sebagai ungkapan kerinduannya, Krisdayanti memuat naik foto mesra dia dan suami. Pertama, ketika Raul Lemos mencivm dahinya. Foto seterusnya ialah ketika mereka berdua saling berpandangan.
Kini menetap di Jakarta
Diketahui, Raul Lemos kini menguruskan perniagaannya di negara asalnya, Timor Leste. Namun Krisdayanti tidak dapat menemani suaminya kerana banyak tugas sebagai anggota DPR RI (Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia) menjadikan dia harus tinggal di Jakarta bersama anak-anaknya.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Murai.my
Leave a Reply