Pendakwah selebriti terkenal iaitu Da’i Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful kini nampaknya sedang dalam proses pemulihan semula selepas beliau ditahan oleh pihak polis selama 18 hari atas tudvhan mer0gol.
Kini, pendakwah berusia 26 tahun itu sedang berehat bersama dengan keluarganya dan turut mencari kekuatan untuk memulakan semula kehidupan.
Pada 24 Januari yang lalu, Syed ada membuat live di laman Instagram miliknya dan berinteraksi bersama dengan peminat bagi menjawab beberapa soalan.
Antara soalan yang dijawab ialah mengenai kesihatan m3ntalnya selepas dibebaskan.
“Saya akui, saya sedikit tertekan dan depress waktu tu. Saya ada juga macam gelak sorang-sorang tapi saya cuba untuk bangun dan kuat. Saya tak ambil ub4t tapi saya cuba untuk lawan.”
Ramai turut memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus kuat menjalani kehidupan.
Beliau turut sempat memberi pesanan kepada mana-mana individu yang sedang dalam tempoh untuk cuba bangkit daripada kegagalan hidup dan menjadi individu yang kuat.
“Air hujan jernih asalnya dari awan dan air hujan jatuh dari atas ke bawah. Walaupun air yang jatuh tu sakit bila jatuh dekat kita tapi ia bagi tumbuh-tumbuhan mekar. Orang yang tengah down, bukan orang yang gagal sebab orang gagal mereka tak mampu untuk bangkit semula!”
Dalam masa yang sama, Syed turut sempat memberi tahu bahawa beliau tidak membenarkan live tersebut dimasukkan ke dalam aplikasi TikTok atau YouTube kerana akui agak fobia dengan apa yang terjadi dan tidak mahu pemilik video mendapat views daripada videonya itu.
Diharapkan Syed baik-baik sahaja dan apa yang terjadi ini dapat mendekatkan dirinya dengan Yang Maha Esa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber foto: Instagram Da’i Syed
Leave a Reply