Tanggal 11 September 2020 merupakan tarikh yang akan menjadi ingatakan di dalam fikiran Nur Syakinah Abdullah apabila anak kesayangannya yang merupakan penyanyi iaitu Sandra Dianne telah pergi buat selama-lamanya.
Allahy4rhamah Sandra telah menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas enam hari bert4rung nyawa di dalam Unit Raw4tan Rapi (1CU) akibat kemal4ngan jalan raya.
Sempena penghormatan terakhir buat Allahy4rhamah Sandra, pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment mengambil keputusan untuk mengeluarkan lagu berjudul ‘SANDRA‘ yang merupakan lagu terakhir nyanyian penyanyi itu.
Lagu ‘SANDRA‘ telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposer Jonathan Tse dan Mohariz Yaakub yang mengisahkan tentang yang telah ditinggalkan oleh insan tersayang.
Ketika sidang media premiere MV ‘SANDRA‘ bersama dengan pihak media, ibu Allahy4rhamah Sanda telah meluahkan rasa terharu dengan penghasilan Music Video lagu berkenaan.
Lebih mengejutkan, ibunya langsung tidak tahu tentang pembikinan lagu ‘SANDRA‘ ini walaupun sebelum ini beliau pernah suarakan hasrat supaya Sandra membawakan genre seperti itu.
“Mama nak ucap tahniah pada gadis disebalik layar tu sebab dia berjaya jadi arw4h Sanda dengan begitu baik sekali. Mama tak fokus benda lain, mama fokus dekat dia je sebab lenggok badan, gaya libas rambut tu sebijik sama dengan arw4h. Sedikit sebanyak dapat ub4ti kerinduan mama pada Sandra.”
“Terkejut sebenarnya lepas dapat tahu tentang lagu ni, Mama pernah suarakan hasrat untuk Sandra cuba genre macam ni dan bila lagu ni keluar, mama memang gembira sangat. Maksudnya dia sempat tunaikan janji sebelum pergi buat selamanya.”
Ketika ditanyakan sama ada beliau masih didatangi mimpi bersama dengan Allahy4rhamah, ibu Sandra dengan tenang menjawab bahawa beliau masih mimpikan anak gadisnya itu.
Kata Puan Asyikin atau lebih mesra dengan panggilan Mama, beliau ada mimpi Allahy4rhamah Sandra datang kepadanya dan bersiap untuk pergi bekerja sambil memakai baju yang sangat cantik.
“Lepas hari ke-44 Sandra datang dalam mimpi dan biar la mimpi tu Mama simpan untuk diri Mama sendiri sahaja. Tapi lepas tu, Mama mimpi lagi dia pakai cantik-cantik dengan gitar sekali, bagitahu nak pergi menyanyi. Dia kata dia balik lambat, dalam dua tiga hari baru balik. Macam biasa, Mama akan bagi dia duit dan waktu tu Mama bagi semua cash yang ada dan kasi dekat dia. Dia peluk cium macam biasa dan janji nak balik dua tiga hari lepastu.”
Disebabkan lagu ini merupakan lagu nyanyian oleh Allahyarhamah sendiri, pastinya memerlukan pengganti sekiranya lagu ‘SANDRA‘ tercalon dalam mana-mana pertandingan atau persembahan.
Sebagai ibu, Puan Asyikin turut mempunyai beberapa nama yang sesuai untuk menggantikan anaknya menyanyi di atas pentas.
“Kalau ada rezeki lagu ni masuk mana-mana pertandingan, Mama nak pilih adik sepupu kesayangan arw4h iaitu Jessica yang accident sekali dengan arwah, kedua mungkin rakan serumah arw4h iaitu Amanda dan akhir sekali Mama nak Neeta.”
Semoga dengan lagu ‘SANDRA‘ ini dapat mengubati kerinduan peminat kepada Allahy4rhamah Sandra Dianne.
Sumber foto: Budiey.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Hot Fm
Leave a Reply