Ameera Nak Nasihat Perkahwinan, Sekali Ibunya Datin Noor Kartini Bagi Ayat Padu

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai ibu selebriti terkenal, Datin Noor Kartini lebih-lebih lagi mengenai isu trademark ‘Harimau Menangis’ yang mencetuskan kontroversi.

Baru-baru ini Noor Kartini muncul di saluran YouTube Rosix dan Bella berkongsikan mengenai hal-hal perkahwinan dan rumah tangga bersama Ameera Khan.

Ameera bertanyakan apakah nasihat terbaik dari ibunya tentang perkahwinan. Noor Kartini menasihati Ameera supaya mengenali hati budi pasangan mereka lebih mendalam, lagi-lagi jika bergelar isteri pada suatu masa nanti.

“Kena kenal siapa pilihan hati kita. Ibarat macam kita buat kek, acuan itu ibarat suami, jadi kita kena masuk dalam acuan itu. Jadi kita kena faham dan harus kenal siapa suami kita,” katanya.

Bagaimanapun, Ameera berkata sukat untuk memahami hati seorang lelaki yang sering berubah-ubah. Ujarnya, dia pernah bertemu lelaki pada awalnya seorang yang baik namun lama-kelamaan nampak ‘belang’ sebenar.

“Orang lelaki ni, mereka tahu dia ada kuasa. Ego mereka tinggi, kita sebagai perempuan, kita kena selalu duduk di bawah mereka. Jadi kita kena sabar dan kalau kita cabar ego mereka, dia lagi akan memberontak dan akan jadi lebih teruk.

“Sebenarnya, lelaki ini senang jer, kalau kita faham mereka. Kalau kita ikut dia, tahu apa yang dia suka atau tak suka, kita akan menang,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila sempat memberi pandangannya bahawa perempuan sememangnya perlu bersabar dengan lelaki, namun tidak semua mampu untuk berbuat demikian.

“Dia Mempunyai Teman Lelaki Baru…” – Ameera Khan & FD Idzham Putus Cinta?

Hubungan cinta selebriti media sosial, Ameera Khan dan kekasihnya, FD Idzham dikatakan putus di tengah jalan.

Pengakuan itu dibuat sendiri oleh Idzham menerusi ruangan Instagram Stories miliknya yang dikongsi pada Sabtu lalu.

Idzham berharap agar selepas ini tidak ada lagi orang yang menghubunginya untuk bertanya hal berkaitan Ameera.

“Tolong, jangan menghubungi saya jika ada hal berkaitan dengan @littlemisskhan lagi,” tulisnya secara ringkas.

Tambah Idzham, dia mendakwa Ameera sudah mempunyai teman pengganti yang baru.

“Dia mempunyai teman lelaki baru, sila hubungi dia,” tulisnya lagi.

Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram Stories miliknya yang disertakan dengan foto Ameera.

Menerusi pemerhatian Gempak, Ameera dan Idzham sudah tidak saling mengikuti (following) di IG dan bertindak memadam foto mereka bersama.

Terdahulu, nama Ameera menjadi bualan ramai selepas tidak sengaja mendedahkan dia dan pasangan kini sudah tinggal bersama.

Pada bulan Mei lalu, Ameera dan Idzham baru sahaja menyambut ulang tahun hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, Ameera meluahkan rasa tidak puas hati dengan servis sebuah kedai bunga selepas pesanan yang dibuatnya gagal ditunaikan.

Foto aksi adik Neelofa seperti Harimau Menangis?

KUALA LUMPUR – Adik selebriti popular, Neelofa yang juga personaliti media sosial, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan kembali menjadi perhatian netizen susulan aksi bergambar di media sosialnya.

Ameera dilihat memuat naik foto yang memaparkan dia membongkokkan badan di Instagram miliknya.

Namun foto tersebut menjadi bualan hangat netizen yang kurang senang dengan aksi tersebut.

Bagaimanapun, ada beberapa netizen memberi komen sindiran mengaitkan dengan isu sebelum ini apabila menyamakan gaya tersebut seperti Harimau Menangis.

Sebelum ini, ibunya iaitu Datin Noor Kartini dikecam te-ruk berikutan isu trademark Harimau Menangis.

Namun, isu itu mula reda apabila Noor Kartini membatalkan trademark tersebut serta membuat permohonan maaf.

Dia menjelaskan bahawa permohonan itu bukanlah merujuk kepada nama daging ‘Harimau Menangis’ namun hanyalah pada rekaan logo tulisan perkataan itu.

Ujarnya lagi, mereka telah mendaftar rekaan ejaan untuk produk itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan terutamanya produk tiruan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : http://www.dnq.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*