Zul Ariffin ada tips buat pelakon yang baru nak menceburi bidang lakonan.
Katanya sikap profesional dan mindset adalah perkara paling penting.
View this post on Instagram
“Sebagai seorang pelakon, kita harus sentiasa mengutamakan sikap profesional. Apa yang penting, letakkan diri kita sebagai seorang pelakon, itu yang saya amalkan sejak dari mula penglibatan saya dalam industri seni.
“Jika kita letakkan diri sebagai ‘selebriti’ ia akan jadi lain. Ia akan menjadi lain berbanding menganggap diri sebagai pelakon yang bekerja,” katanya kepada Gempak.
Foto: IG
Tambahnya ramai pelakon sekrang yang meletakkan diri mereka sebagai selebriti.
“Zaman sekarang, ramai pelakon yang fokus untuk meletakkan diri mereka sebagai seorang selebriti, bagi saya ia agak sukar.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Orang ramai boleh memanggil saya sebagai selebriti dan sebagainya, tetapi apa yang ada dalam minda saya, saya hanyalah pelakon yang bekerja di set penggambaran.
“Dengan mindset sebegitu, senang untuk saya membawa diri, jika ada orang cakap saya masih tak capai jangkaan tertentu, saya tidak berasa tertekan, kerana tujuan saya bukan untuk jadi famous, saya hanya mahu berlakon.” -CARI
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Cari
Leave a Reply