Kuala Lumpur: Anak Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perub4tan, di sini, semalam.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu, Aafiyah dilihat dalam keadaan baik dan aktif.
Walaupun punca masalah kesihatan yang dihadapi belum diketahui, Siti memberitahu Aafiyah sudah semakin sihat serta berterima kasih atas segala doa yang dikirimkan.
“Assalamualaikum semua, Aafiyah dah semakin sihat, dah lompat-lompat. Terima kasih semua yang mendoakan dan bertanya khabar Aafiyah melalui mesej peribadi. Aafiyah dah ajak kakak main kejar-kejar dengan ‘drip’ dia,” tulisnya.
Semalam, Siti menerusi perkongsian itu memaklumkan, permata hatinya yang kini berusia dua tahun itu adalah anak yang kuat.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Siti untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu tidak berjaya.
View this post on Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Harian Metro
Leave a Reply