Pengacara dan pelakon Mat Dan memaklumkan bahawa isterinya selamat melahirkan anak kedua mereka pada 7 November lalu.
Mat Dan atau nama sebenarnya, Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 31, berkongsi berita gembira tersebut menerusi satu entri di Instagram sebentar tadi.
“Pada tanggal 7 November, 10.55 pagi, lahirlah anak kedua kami. Kedua-duanya, bayi dan ibu sihat dan sudah kembali berada di rumah.
“Zayne sangat teruja dan gembira dengan kehadiran adik lelakinya,” kongsinya.
Dalam entri tersebut Mat Dan memuat naik sekeping foto yang memaparkan sebahagian wajah dan tangan anaknya sahaja.
“Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat dna kakitangan hospital yang menjaga kami dan menyambut kelahiran bayi kami dengan selamat.
“Nantikan lebih banyak lagi gambar selepas ini,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata mengucapakan tahniah atas kelahiran anak keduanya itu.
Mat Dan mendirikan rumah tangga dengan wanita kelahiran Terengganu, Nadifa Adnan pada Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup, Mat Dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Zayne Tyler yang kini berusia dua tahun.
Mat Dan yang berasal dari Bristol, United Kingdom itu mula menetap di Malaysia sejak 2009.
Pengacara Haramain Backpackers itu mula mencuri perhatian masyarakat Malaysia dengan kebolehannya menguasai dialek Terengganu dengan baik.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Gempak
Leave a Reply