Warna Baju Melayu, Jam Tangan Nilai Kurang RM500 …” – Penampilan Tengku Zafrul Dipuji Segak & Kemas

Selain intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam, penampilan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mencvri perhatian netizen.

Tengku Zafrul memecah tradisi apabila membawa beg kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa Menteri Kewangan sebelum ini.

Misteri beg kelabu terbongkar apabila Tengku Zafrul sebenarnya hanya membawa tablet berbanding teks.

Jam tangan model G-Shock yang digayakan Tengku Zafrul tular di media sosial.

Model jam GA-2000s itu dianggarkan berharga sekitar RM300 hingga RM500 setakat artikel ini ditulis.

Selain itu, baju melayu cekak musang rona ‘powder blue’ turut mendapat pujian daripada rata-rata warganet.

@sofeasf: Cantiknya kemas dan segak Menteri Kewangan kita dengan berbaju melayu lengkap. Syabas doa rakyat Malaysia yang baik kepada tuan amin.

“@awakening_my: Stay cool dengan baju melayu,” antara komen-komen ditulis.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul memaklumkan sampin yang digayakan itu daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni P3njara Penor, Pahang.

Semalam, buat pertama kalinya Tengku Zafrul membentangkan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*