Aksi suami kepada pelakon Farah Nabilah, Mohamed Amirul yang gigih membantu isterinya sepanjang tempoh berpantang menarik perhatian netizen.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan Farah di Instagramnya, Amirul kelihatan tekun membantunya di samping putera sulung mereka, Andre Omar Mohamed Amirul yang sedang tidur bersebelahan.
“Fawa masih lagi tengah pantang, sekarang ni baby tengah tidur, masa inilah minta tolong suami tolong urutkan kita guna tungku moden. Tengah pantang inilah nak rasa panas-panas,” kata Farah.
View this post on Instagram
Sementara baby Andre tengah sleep, mommy bertungku duluuuuu. @mahthika_hq
Yang menjadi perhatian adalah proses bertungku Farah yang dibantu Amirul. Rata-ratanya memuji Amirul dan menyifatkan Farah bertuah memiliki suami yang penyayang sepertinya.
“Kalau macam ini punya layanan dari suami tiap-tiap tahun beranak pun tak apa tak rasa sak1t. Beruntung dapat suami yang baik hati dan bertanggungjawab,” tulis pemilik akaun @iedurs4.
“Loving husband, saling melengkapi. Happy family,” tambah @amrinaazaman.
“Baiknya suami tolong tungkukan. Semoga keluarga Farah bahagia,” tulis pengguna lain pula.
Farah dan Amirul yang bertugas sebagai juruterbang telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019.
Pelakon itu selamat melahirkan bayi lelaki pada 22 Oktober lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Leave a Reply