Siapa sangka walaupun sudah mengenakan niqab, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa menjadi artis pertama yang tutup berlitup muncul sebagai penghias muka depan majalah berbahasa Cina, Citta Bella bagi edisi November.
Walaupun sesi fotografi ini dilakukan sebelum dia membuat keputusan berniqab, namun segala konsep sesi fotografi datang daripada pengacara itu sendiri. Mungkin dia dah tahu majalah ini akan keluar ketika dia sudah mula berniqab.
Sh00t sebelum berniqab
Kami sangat bangga menampilkan Neelofa untuk edisi November 2020 Citta Bella buat kali ketiga dengan keindahan yang begitu sofistikated namun elegan. Gambar-gambar ini diambil sebelum Neelofa secara terbuka mengumumkan keputusannya untuk mengenakan niqab.
Neelofa sudah memiliki konsep untuk menutup bahagian wajahnya pada September yang mana penata gaya, Colin melaksanakan semasa sesi fotografi pada awal Oktober.
Menurut pihak majalah Citta, pihak mereka sangat menghormati keputusan Neelofa untuk berniqab. Pihak mereka turut mendoakan yang terbaik untuk perjalanan spiritual baru yang bakal pelakon itu lalui. Dalam pada itu Citta Bella turut memberi mesej bahawa kecantikan bukan saja secara luaran tapi juga dalaman.
Citta Bella merangkumi keindahan kepelbagaian budaya. Kami berusaha sebaik mungkin untuk mencantikkan kecantikan wanita dan kekuatan dalaman mereka, tanpa mengira usia, bentuk badan, etnik dan kepercayaan mereka. Kami mendoakan masa depan yang lebih baik, untuk semua.
Ibu tempat saya mengadu
Dalam menghadapi kriti1kan buruk dari netizen, saya akan marah tetapi saya belajar untuk tidak mengambil secara serius komen kerana semua ini akan berlalu. Sejujurnya saya tidak begitu menikmati kehidupan saya yang sentiasa di bawah perhatian orang ramai.
Menerusi temubual eksklusif bersama majalah Citta, Neelofa menberitahu dia tidak selesa apabila segala apa yang dilakukan akan menjadi perhatian. Jika ada kesilapan dilakukan, pasti mendapat kri1tikan netizen. Namun menurutnya lagi, keadaan ini dia sudah lali sejak bergelar selebriti.
Apabila ditanya apa yang dilakukannya setiap kali berhadapan dengan kriti1kan netizen, Neelofa memberitahu bahawa ibunya adalah tempat dia meluah perasaan dikala menghadapi masa yang sukar.
Saya sangat menghormati ibu saya, jadi setiap kali saya menghadapi sesuatu yang tidak menyenangkan, saya akan jumpa dia secepat mungkin. Dia selalu tahu bagaimana menyedarkan saya. Saya juga akan pergi bermain dengan anak buah saya untuk melupakan semua masalah saya.
Neelofa akui hidupnya lebih tenang selepas dia mengambil pendekatan untuk tidak melayan komen-komen negatif. Apa yang lebih penting adalah memajukan perniagaan tudungnya agar bertambah maju dan berjaya.
Sumber : Cittabella
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : OHBULAN
Leave a Reply