8 Kisah Hidup Selebriti Yang Bertemu Jodoh Dengan Kerabat Di Raja.

Memetik sumber dari sebuah portal Mylaunchpad, di bawah disenaraikan beberapa artis yang pernah (atau masih) bertemu jodoh dengan kerabat diraja.

Ikuti sepenuhnya artikel di bawah:

1. Norizan dan Sultan Yusof (Sultan Perak)

Antara kisah klasik perjalanan percintaan antara selebriti dan kerabat diraja. Perkahwinan aktres terkenal sekitar tahun 50an ini dengan Sultan Yusof mengangkatnya sebagai Permaisuri Perak untuk beberapa ketika. Namun jodoh mereka berakhir dengan percer4ian….

Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut….

2. Maria Menado dan Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang)

Primadona filem Melayu ini dahulunya pernah digelar Grace Kelly Malaysia, setelah bertemu jodoh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan dan mengakui tidak pernah menyesal dengan keputusan itu.

Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin. Cinta mereka dibawa hingga ke akhir hayat baginda, yang m4ngkat pada tahun 1974.

3. Rafeah Buang dan Tengku Asmawi (kerabat diraja Pahang)

Penyanyi wanita yang terkenal dengan kejelitaan dan suara lemak merdu, Rafeah Buang, juga antara yang bertuah dipilih menjadi suri seorang kerabat. Rafeah mengahwini kerabat diraja Pahang, Datuk Tengku Asmawi Tengku Hussain pada tahun 1971. M4ut memisahkan mereka apabila Rafeah meningg4l dunia akibat bar4h payudara pada tahun 2002….

Rafeah dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha….

Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meningg4l dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kem4langan jalan raya….

4. Mazuin Hamzah dan Pengiran Sufri (adinda Sultan Brunei)

Bekas anggota kumpulan Quinnary M yang popular dengan lagu Cinta Palsu itu menggemparkan seluruh negara apabila dia dilamar putera diraja paling kaya di dunia itu….

Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media, majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya…

Namun ikatan yang dibina pada tahun 1987, putus jua sekitar tahun 2003. Hasil daripada perkongsian hidup Mazuin dan Pengiran Sufri selama 11 tahun telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu seorang Putera YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq dan dua puteri, YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah….

5. Azreen dan Tengku Kamaruzzaman (kerabat diraja Pahang)

Artis Malaysia paling muda yang berkahwin dengan kerabat diraja ialah Azreen. Azreen berkahwin dengan Datuk Tengku Kamaruzzaman ketika usianya baru mencecah 16 tahun.

6. Fauziah Latif dan Tengku Budriz (cucunda Almarhum Sultan Selangor)

Perkahwinan di saat-saat kegemilangan nama Fauziah Latif dalam industri, sayangnya tidak dapat bertahan lama….

7. Julia Rais dan Tengku Abdullah (Tengku Mahkota Pahang ketika itu)

Antara wajah Pan Asia pertama yang mewarnai dunia perfileman dan TV Malaysia, Julia disunting sebagai isteri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah pada tahun 1993. Mereka dikurniakan tiga puteri….

8. Azrinaz Mazhar Hakim dan Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan Brunei)

Pada tahun 2005, di usia 26 tahun Azrinaz Mazhar Hakim telah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang pada masa itu berusia 58 tahun. Dikurniakan dua cahaya mata, Putera ‘Abdul Wakeel Bolkiah dan anak bongsu Sultan Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; namun perkahwinan pasangan ini tidak dapat bertahan apabila bercer4i pada tahun 2010.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: gempakzviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*