Trending di laman Twitter dengan #malindo di mana rata-rata pekerja dan staf dari syarikat penerbangan itu terpaksa diberhentikan kerja ekoran ekonomi yang kurang stabil semasa pandemik Cov1d-19 ini. Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan seramai lebih 2,000 krew diberhentikan kerja mereka dari Malindo Airways Sdn Bhd semalam.
Rata-rata di antara krew berkongsikan pengalaman terindah sepanjang bekerja di syarikat penerbangan berkenaan. Malah, mereka juga meninggalkan ucapan terima kasih kerana telah sudi menerima sebagai krew di syarikat itu.
Terima kasih Malindo
TQ #Malindo Air for all the beautiful moments & memories. It's hard to accept the fact that most of us have been retrenched. May Allah ease everything for all airlines crew. "ONCE A CREW, ALWAYS A CREW" Door disarmed & cross check.
I'm cc Bella, M08993 signing off.
Bye ODteam? pic.twitter.com/Tl6sLlu28r— BellaLuna (@mizznwhen) October 31, 2020
Memang tidak dinafikan, terdapat pelbagai kenangan indah yang telah dilalui semua krew syarikat penerbangan Malindo sepanjang perkhidmatan mereka. Walau bagaimanapun, mereka terpaksa terima keputusan yang dibuat syarikat itu ekoran ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi.
Hari terakhir di Malindo
Today mark my last day with Malindo. Would like to thank you for all the guidance, teachings and supports that you have given throughout this wonderful journey. Hope we can work together in the coming future (if lucky). Thank you once again.
Signing off
Anthony Frank#malindo pic.twitter.com/WQNf81DeJV— Anthony Frank (@anthonyfrank91) October 31, 2020
Bekas krew juga berterima kasih kepada Malindo Airways kerana telah memberi tunjuk ajar dan sokongan positif sepanjang karier di sana. Sepastinya, rata-rata diantara mereka berhasrat akan kembali berkhidmat di syarikat itu semula di masa akan datang.
Memori yang terindah
30th October 2020. Thank you Malindo Air for the best memories. Being the only Punjabi female in aircraft engineering in Malaysia, so close to getting my license. It meant alot. 5 years 4 months were wonderful. Also being pregnant to the challenging breastfeeding journey. Haha. pic.twitter.com/zC20XUM3Ao
— hasvinkaurgill ツ (@mrs_ssd) October 31, 2020
Seorang wanita berbangsa Punjabi iaitu Hasvin Kaurgill berkongsikan beberapa foto-foto terindah selama 5 tahun 4 bulan berkhidmat sebagai jurutera penerbangan di syarikat Malindo. Pelbagai rintangan yang dilaluinya sepanjang menabur jasa di sana termasuk pernah melalui fasa mengandung.
Sumber: The Malaysian In Sight, Twitter
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: OhBulan
Leave a Reply