Wow! Kekasih Nelydia Senrose Seorang Jutawan Muda?

Masih anda ingat dengan kontroversi sebelum ini dimana pelakon Nelydia Senrose telah dikatakan hangat bercinta dengan duda Nora Danish dan Fasha Sandha, Jejai, namun kedua-dua mereka telah menafikan berita tersebut. Kini gosip terbaru ternyata mengejutkan kerana Nelydia kini dikatakan sedang dilamun cinta semula.

Jutawan Muda Kekasih Nelydia?

Manakan tidak, pelakon cantik ini kononnya bercinta dengan seorang jutawan muda yang dikenali sebagai, Mr H. Dan percaya atau tidak. Mr H ini juga adalah rakan perniagaan Jejai.

Sumber Gambar : Beautiful Nara

Dalam sebuah gambar yang kian tular ini, terlihat Nelydia dan Mr H kelihatan begitu mesra. Teka-teki terus bemain di fikiran para peminat malah ada yang membuat andaian bahawa Nelydia sering berjumpa dengan Jejai sebelum ini adalah kerana ingin bertemu Mr H.

Dakwa Masih ‘Single’

Terdahulu, Nelydia mengaku masih lagi ‘single’ namun setelah gambar ini mula diperkatakan adakah bibit-bibit cinta mula tersemai? Jika Ya, baguslah kerana kami lihat Mr H dan Nelydia ini sama cantik dan sama padan!

Sumber : hangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*