(Video) Nak Tubuh Agensi Baru… Yusuf Azmi PPIM & Bos SPRM, Bidas Kaw-Kaw Najib Dan Menterinya!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bukan hanya membela nasib pengguna seluruh Malaysia, malah turut lantang membidas cadangan penubuhan agensi baru, iaitu Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) oleh kerajaan.

Penubuhan JITN dilihat tidak ada keperluan selain meningkatkan lagi pembaziran sedia ada masa kini.

Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi menyatakan bahawa beliau menolak cadangan yang dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuang sambil menyeru semua pimpinan kerajaan dan ahli politik bangun menentang hasrat itu.

Katanya, jika JITN dilaksanakan, ia memberi kesan bertindih dari segi kuasa kerja terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah sedia ada memantau dan membanteras gejala rasuah.

“Kepada Perdana Menteri, Najib, tolong kaji semula cadangan penuhuhan agensi ini.”

Beliau berkata demikian pada video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Kata Yusuf lagi, kerajaan haruslah bercadang meningkatkan lagi kebajikan penjawat awam SPRM terutamanya dari segi gaji dan didikan modal insan di samping menaiktaraf bangunan-bangunan sedia ada.

Menurut Yusuf, PPIM dan beberapa NGO lain dijangka akan menandatangani petisyen bagi mempertahankan SPRM dan membantah penubuhan JITN pada 3 Oktober ini jam 1 petang di pejabat SPRM di Putrajaya.

Sebelum ini, Low berkata penubuhan JITN tidak akan mempunyai sebarang kuasa untuk mempengaruhi siasatan SPRM termasuk Institut Integriti Malaysia (IIM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) oleh kerana kesemuanya merupakan institusi bebas.

Cadangan itu dibidas juga dibidas oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan berkata menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.

Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.

 

“Siapa menteri ini? Siapa menteri yang mahu mengawal bagaimana kita menyiasat kes?

“Kita sepatutnya bebas. Jika alasan untuk membentuk JITN adalah untuk memantau SPRM, mengapa perlu saya melaporkan kepadanya?”

Dzulkifli mempersoalkan mengapa terdapat keperluan segera untuk menubuhkan agensi berkenaan sedangkan peruntukkan untuk semua jabatan dan agensi telah dipotong.

“Kerajaan kata tak ada duit, bajet agensi semua kena potong, tapi boleh pula buat agensi baru.”

“Bagaimana ada wang untuk menubuhkan JITN?” kata Dzulkifli.

“Saya agak serius mengenai perkara ini dan kami menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan dalam kabinet,” katanya semalam.

 

 

-kinitv

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*