(Video) Meriahnya Majlis Pernikahan Fattah Amin Dan Fazura

Penantian yang ditunggu – tunggu oleh peminat Fattah Amin dan Fazura akhirnya terbalas apabila kedua – dua mereka telah memuat naik tiga video di sekitar majlis pernikahan mereka. Setelah menonton video tersebut, kami beranggapaan bahawa majlis tersebut telah diadakan dalam suasana yang cukup meriah dan dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Keluarga Minta Majlis Diadakan Secara Tertutup

Siapa sahaja yang mahu merahsiakan hari bahagia mereka. Sebaliknya pasangan FattZura ini mengambil keputusan untuk mengadakan majlis pertunangan dan pernikahan mereka secara tertutup bagi menghormati keputusan.

BACA  Sindir Fattah Amin? Lihat ‘Perang Twitter’ Nabil & Jihan

Bagi kami, tindakan tersebut wajar dicontohi kerana ‘perkara wajib’ telah dilaksanakan terlebih dahulu. Ditambah pula mereka adalah selebriti popular sudah pastinya jika diwar-warkan, perjalanan majlis seperti terganggu.

Dinikahkan Oleh Abang Fazura

Pasangan ini telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, Fattah telah dinikahkan oleh abang Fazura dengan disaksikan beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia (Jawi).

“Alhamdulillah seperti kenyataan daripada Jawi, semua berjalan ikut proses yang betul dan saya dinikahkan oleh abang Fazura.Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kami,”

Tambah Fattah, dua majlis resepsi akan diadakan bagi meraikan perkahwinan mereka pada awal tahun depan. Tahniah Fattzura!

Sumber:hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*