Tunai Umrah Bersama! Ahya Rosli Sah Bercinta Dengan A. Aida

Sebelum ini, pelakon dan model Ahya Rosli,dikatakan sedang berkawan rapat dengan seorang pengarah terkenal dan membuatkan ramai peminat berteka-teki siapakah pengarah wanita tersebut.

 

Panggilan untuk Semua Pelajar! Tawaran ini Hanya untuk Anda.

Sponsored by Telekom Malaysia

Ahya Mengaku Sedang Mengenali Hati Budi A.Aida

Hari ini, Ahya mengaku bahawa pengarah yang dimaksudkan adalah A. Aida dan kini sedang mengenali hati budi pengarah terkenal itu. Malah Ahya yang juga adik kepada Liyana Rosli tidak menolak jodohnya dengan Aida meskipun jarak perbezaan umur mereka adalah 17 tahun.

“Kalau sudah jodoh saya terima sahaja, Allah itu maha mengetahui. Apa salahnya, keluarga saya juga sukakan dia.Perbezaan umur bukan masalah, ia hanya perbezaan pengalaman sahaja. Cuma tentang anak itu perlu juga difikirkan,”

Semakin Rapat Selepas Mengerjakan Umrah

Tambah Ahya, kedua-dua mereka saling mengenali sejak sekian lama dan menjadi semakin rapat selepas mengerjakan umrah bersama.

BACA  Sah Bercinta? Foto Zulin Aziz & Ahya Rosli di Instagram Ini Jadi Tanda Tanya

“Dia seorang yang positif, kuat bekerja dan penyayang. Dia juga baik dengan keluarga saya.Kami sudah kenal lama tapi sejak pergi umrah bersama-sama baru betul-betul rapat. Boleh dikatakan kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing,”

Sumber : Mstar Online 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*