Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Ala Thai

Baru-baru ini.. aida, suami dan sepupu suami pergi ke Restoran Khafi di Wakaf Baru dan cuba la order Siakap Stim Limau Ala Thai nie.. rasa tak puas.. sebab Sedap Sangat.. nak makan lagi la.. jadi encik suami minta tolong masakan.. hihi.. alahai.. ku yang tak pernah masak siakap mula la terkasima sebab tak tahu resepinya..huhu

 

Jadi asyik-asyik aida duk google resepi.. jumpa lah resepi nie.. cam menarik dan boleh dijadikan panduan kepada mereka yang tak tahu resepi Siakap Stim Limau Ala Thai nie kan.. jadi korang boleh cuba sendiri.. hihi. ok ok.. aida tak nak cerita panjang-panjang.. jom kita cari bahan-bahannya dan masak ala ala pro gitu..hihi..

 

 

Ok bahan-bahan yang diperlukan ialah :

Bawang putih

Stok ayam ( kalau takde boleh guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)

Cili api merah

Daun limau

Serai

Halia

Daun ketumbar

Limau nipis

Sos ikan ( 5 sudu besar)

Garam & gula secukup rasa

 

Cara-Caranya ialah :

1. Seekor ikan siakap dicuci bersih..

2. Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan ye..

letakkan dalam periuk kukusan..

 

3. Serai dikerat serong kasar, daun limau dikoyak2 kan shj..

kemudian sumbat semua serai, daun limau & juga halia dalam perut

 

4. Curahkan dgn stok ayam…

 

5. Satukan bawang putih yg telah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam & juga gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.. rasa dulu ye jangan lupa..ketepikan dulu..

 

6. Setelah air kukusan mendidih bolehlaa kukus ikan selama 20-25 minit ye..

atau hingga ikan betul2 masak..

 

7. Ok.. selepas ikan masak boleh laa diangkat ye..

 

7. Curahkan dengan bahan2 (No.5) yang telah disatukan tadi bersama daun ketumbar.. Siap!!

 

Wah!!!!! sedapnya kan..hihi..

Selamat Mencuba…

 

Sumber:rahsiajelitahawa

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*