Perjanjian Buaya Bujang Senang Dengan Kaum Dayak Yang Kita Tidak Tahu Selama Ini Memang Mengejutkan.

Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.

Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.

 

Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar.

Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.

Seperti kisah oral yang disampaikan oleh orang Iban iaitu buaya ini adalah bersifat PENDENDAM.

Menurut sesetengah oral tersebut, bahawasanya Bujang Senang ini asalnya adalah manusia yang disumpah kerana melakukan kesalahan yang sangat besar (tidak dipastikan apa kesalahan yang dilakukan).

Buaya yang yang diberi nama Bujang Senang ini sangat tersohor di Sarawak oleh kerana saiznya yang sangat besar melampaui saiz buaya lain. ianya menjadi masyhur setelah mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman.

Ada satu ketika keturunan Bujang Senang telah membuat perjanjian dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang membunuh keturunannya maka dia akan membalasnya dengan KEMATIAN.

Perjanjian itu telah dipersetujui oleh masyarakat Dayak Iban dengan disaksikan oleh ketua keturunan Bujang Senang.

Oleh kerana pihak Dayak telah melanggar persetujuan tersebut dengan membunuh seekor buaya daripada keturunannya, maka Bujang Senang dan keturunannya akan memburu manusia dan membalas dendam walaupun sehinga ke generasi seterusnya sehingga dendamnya terbalas.

Terdapat satu kisah lain juga menyatakan, Bujang Senang akan naik ke daratan dan menjadi manusia kacak pada waktu bulan purnama.

Tidak dapat dipastikan tujuan dan kesahihannya hingga kini.

Sumber : Jom Share

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*