Peminat Bongkar Badan Laudya Cynthia Bella Bertatu

Nampaknya hubungan kekeluargaan yang terjalin diantara pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan suaminya Engku Emran semakin mesra dilihat. Malah hubungan Laudya Cynthia Bella atau lebih dikenali sebagai Bella dan anak tirinya Aleesya juga dilihat sangat akrab.

Bella Pernah Bertatu

Menerusi sumber portal hiburan Indonesia, detik HOT pelakon yang terkenal menerusi drama Bukan Bintang Biasa itu dikatakan pernah membuat tatu di pinggangnya. Malah video Bella yang sedang membuat tatu itu tular di negara seberang.

Untuk mendapatkan maklum balas mengenai video berkenaan juga gagal apabila pihak pengurusan Bella tidak mahu membuat sebarang jawapan. Namun, kami di Hangat.compercaya bahawa isu tatu tersebut sudah sekian lama malah terjadi sebelum beliau berhijab lagi.

Bella Dikhabarkan Hamil?

Perkembangan baru yang diterima menerusi sumber yang sama juga mengatakan Bella kini dikhabarkan hamil. Malah sebuah portal hiburan tempatan turut melaporkan khabar gembira yang sama.

“Alhamdulillah, amin..Belum lagi. Itu doa untuk saya.Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan,”

Adakah benar mengenai berita gembira tersebut? Pasangan Engku Emran dan Bella telah bernikah pada 8 September lalu di Kuala Lumpur, Malaysia.

Sumber : Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*