Gadis Ni Miliki Nama Paling Pendek. Satu Huruf Je

Kalau zaman sekarang ibu bapa berlumba nak letak nama anak panjang-panjang, tapi berlainan pula dengan pasangan ibu bapa di Yogjakarta ni.
Pelajar berusia 16 tahun ni miliki nama paling pendek apabila ibu bapanya memberikannya nama ‘N’ sahaja. Hanya hurut N yang ada dalam dokumen kelahiran gadis berasal dari Bantul, Yogjakarta ni. Hanya dia diberikan nama seringkas itu sedangkan kakak dan abangnya masing-masing miliki nama Puji Lestari dan abangnya, Jarot.
“Saya tidak tahu mengapa bapa saya hanya menamakan saya N.
“Ketika kali pertama mendaftar di sekolah, ramai yang hairan dengan nama saya ini tetapi lama kelamaan semuanya jadi seperti biasa,” katanya.
Bapa N, Wahyu Sih Nugroho, 51, memberitahu dia menamakan anaknya N kerana anaknya lahir pada bulan November.
“Saya memberi nama anak saya ini secara spontan dan kebetulan dia lahir pada bulan November, jadi saya namakannya N,” jelasnya.
Sumber: Era fm
Baca juga: SERAM “Dalam Video Kosong Tak Ada Orang, Tapi Dalam Gambar Ada ‘Extra’ Pula..” Wanita Kongsi Kejadian Pelik Yang Berlaku di Funfair PD
Satu kejadian ‘mistik’ yang dikatakan berlaku di satu funfair di Port Dickson ternyata membuat netizen bingung dengan kelibat seorang kanak-kanak perempuan berambut panjang yang dikatakan tiba-tiba wujud di dalam permainan keretapi di funfair terbabit.
Pemuat naik video @iqinnordin, menulis di Twitter:
“Kejadian ni jadi dekat funfair Port Dickson. Tengok betul-betul dlm video ni depan budak perempuan baju pink yang melambai tu kosong kan? Dia sorang je dalam (gerabak) train tu”.
Sekiranya anda perasan, ada kelihatan seorang kanak-kanak berbaju pink memulas stering di dalam video terbabit. Fokus kepada kerusi dihadapannya (video terpaksa di-blur bagi menghormati privasi kanak-kanak)
Ya, tiada apa yang pelik dengan video terbabit. Tapi lihat pula gambar yang diambil selepas itu.
Menjawab soalan-soalan mereka yang musykil dengan kejadian Iqin menulis: “Bagi yg tertanya dalam video dia tengah main steering. Gambar tu diambil selepas keretapi tu pusing balik. Pusingan bila tengah jalan diorang takkan berhentikan selagi tak habis pusing. Berapa kali pusing tu tak pasti. Untuk kepastian, tengok budak belakang baju merah tu budak yang sama. Harap maklum.”
Sudah tentu ada yang percaya, dan tidak kurang juga yang tidak percaya.
Tweet terbabit mendapat 7 ribu retweet dalam masa 12 jam ia dimuat naik.
Sumber: sehinggit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*