Pelakon teater buat laporan p0lis terhadap Ogy

SUSULAN isu tidak menerima baki bayaran teater Korupsi Dewan Semandung, bekas peserta Raja Lawak, Che Mat Daud membuat laporan p0lis terhadap penerbitnya Fauziah Ahmad Daud.

Memetik laporan Harian Metro, Che Mat berkata dia hanya menerima bayaran 30 peratus dan berasa tert1pu dengan perjanjian Fauziah atau Ogy yang sepatutnya membayar tunggakan bayaran selebihnya pada 16 Mac lalu.

“Sebelum teater ini dipentaskan saya sudah menerima 30 peratus bayaran dijanjikan manakala 30 peratus akan diberikan sehari sebelum hari pementasan dan selebihnya pada 16 Mac.

Che Mat memuat naik status yang ditujukan kepada Ogy.

“Malangnya, pada hari pertama pementasan Ogy memohon maaf kerana tidak dapat membayar mengikut perjanjian kontrak. Mengenangkan reputasi dan namanya yang dikenali ramai dalam industri seni masing-masing berdiam diri dan meneruskan teater itu.

“Bagaimanapun, ketika menunggu tarikh yang dijanjikan iaitu pada 16 Mac untuk menerima baki bayaran penuh, Ogy masih memberi alasan dan seakan men1pu saya dan pelakon lain.

“Malah dia pula terasa dimalukan apabila dikatakan diperli oleh segelintir pelakon dan kru dalam kumpulan WhatsApp itu sedangkan mereka hanya tidak sabar menunggu baki bayaran penuh,” katanya.

Che Mat mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai P0lis Bandar Tun Hussein Onn Cheras pada Jumaat.

Dia turut berkata Ogy ada membuat pembayaran RM1,000 kepada beberapa pelakon dan berjanji melunaskan baki bayaran semalam namun hanya janji kosong.

Salah satu babak dalam pementasan teater Korupsi Dewan Semandung.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, penulis skrip teater itu iaitu Aloy Paradoks mendedahkan dia masih belum menerima baki tunggakan bayaran daripada penerbit Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Penjelasan Kak Ogy

Enggan membiarkan isu itu terus menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy tampil mengakui kebenaran mengenai rungvtan yang disuarakan Aloy.

Ogy menjelaskan dia berhadapan dengan masalah kewangan menyebabkan sehingga kini tidak dapat memberi bayaran seperti yang dijanjikan kepada pelakon dan kru terlibat dalam pementasan tersebut.

Selain Che Mat, teater arahan Khir Rahman itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapa, Syura dan Sharif Zero.

‘Lamar’ Mufti Perlis, Kak Ogy Dapat Jawapan Lepas 2 Bulan

Pelakon dan penerbit, Fauziah Ahmad Daud mendedahkan bahawa dia menunggu selama kira-kira dua bulan sebelum mendapat kata putus daripada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin untuk menyertai pementasan teater Korupsi Dewan Semandung.

Fauziah atau lebih dikenali dengan panggilan Ogy berkata, dia bersyukur apabila hasratnya untuk menampilkan tokoh ilmuwan agama dalam teater terbitannya itu disambut baik mufti tersebut.

“Saya merasakan beliau (Dr. Maza) boleh menyumbang sesuatu (dalam industri hiburan).

“Jadi, saya menghantar surat kepadanya pada November tahun lalu. Bagaimanapun, keputusan untuk menyertai itu hanya dijawab beliau pada dua minggu lepas (pertengahan Januari).

“Saya pun melonjak kegembiraan lepas dapat jawapan. Sebenarnya, naluri saya sendiri memang kuat mengatakan bahawa beliau akan bersetuju,” katanya ketika ditemui sewaktu sidang media di Istana Budaya, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ogy lagi, dia tertarik dengan pendekatan dan cara yang digunakan oleh mufti yang dikenali dengan panggilan Dr. Maza itu dalam menyampaikan dakwah.

“Apabila beliau mengkritik, saya dapat rasakan beliau seorang yang pandai berjenaka, tetapi apa yang diperkatakan itu berisi dan bukan jenis asal boleh.

“Ada yang beranggapan golongan ulama perlu ada jurang, tapi saya rasa kenapa perlu diwujudkan jurang dengan mereka. Bahkan, saya tertarik dengan cara beliau berkongsi mengenai agama Allah yang mana digambarkan bahawa Islam itu agama yang indah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: M.B

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*