“Macam ajak lepak mamak eh” – [VIDEO] Wanita Kongsi Story Bagaimana Kahwin Dengan Suami, Last Minute!

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, banyak perkara yang terjejas termasuklah majlis perkahwinan. Ada yang dah tempah dewan dan segala barang kelengkapan lebih awal, tapi terpaksa cancel.

Walaupun tak dapat nak buat majlis, akad nikah tetap dibenarkan dan semestinya dapat cut bajet pasangan pengantin tu. Siapa yang kahwin time PKP tu betul takk??

Kahwin last minit

Namun lain pula kisah wanita ini, apabila dia memutuskan untuk berkahwin sebelum tibanya waktu PKP yang akan datang ini.

Tapi apa yang menariknya, dia sekadar hantar message kepada suaminya dan ajak untuk kahwin pada hari yang sama.

Wanita yang dikenali sebagai Fariha Razali itu ada berkongsikan momen itu di akaun TikToknya.

Dalam video itu dia memberitahu yang dia terpaksa bersolek sendiri, tiada inai, dulang mahupun pelamin kerana tak sempat nak buat disebabkan keputusan drastiknya itu.

Postingnya itu telah menarik perhatian ramai dan sehingga kini meraih lebih dari 1 juta views.

Tok kadi nak awalkan

Mungkin ada yang fikir dorang ni betul-betul kahwin last minit? Sebenarnnya tak.

Menurut Fariha segala urusan wajib termasuk segala borang dah diselesaikan pada bulan 3 itu hari. Jadinya mereka hanya tinggal menunggu tarikh untuk dinikahkan pada tarikh asal 22 Mei nanti

“Part yang wajib Alhamdulillah semua lengkap, borang pun dah settle. Supposedly 22/5, Alhamdulillah Allah bantu mudahkan

Tambah wanita itu lagi, sebenarnya Tok Kadi tersebut yang menasihatkan mereka untuk mempercepatkan pernikahan.

Hal ini kerana dia dapat merasakan PKP akan dijalankan dalam masa terdekat dan berniat untuk membantu pasangan tersebut.

Nak dijadikan cerita sehari sebelum hari pernikahan, Fariha dan suaminya dah bebincang untuk nikah secepat mungkin.

Lalu Fariha menghubungi Tok Kadi tersebut dan dia pun bersetuju dengan cadangan Fariha.

“Thank you everyone for the dua! Actually i call tok kadi, dia ckp nak pkp, so dia nak bantu kiteorg cepatkan which is the same day.

“And a day before, kiteorg dah mmg bebetul talk utk nikah asap. So after i call tok kadi, i terus tanya. Dia pun okay setuju.” katanya di ruangan kapsyen.

“Macam ajak lepak mamak”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan wanita itu. Ada yang menyifatkan ia begitu mudah seakan mengajak untuk pergi lepak kedai mamak.

Kalau dah jodoh apa salahnya kan, nampak sepadan betul dorang berdua tu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*