Pramugari Kongsi Pengalaman Seram Ketika Penerbangan Hantar Jemaah Haji – “Diorang Tinggal ‘Barang’ Dalam Kapal”

Perkongsian seorang wanita yang bekerja sebagai pramugari tentang pengalamannya ketika bekerja dalam dunia penerbangan mendapat perhatian di TikTok.

Menurut Bella yang berkhidmat untuk Berjaya Air, dia berkongsi kisah seram dilaluinya ketika bertugas membawa jemaah Haji dan Umrah ke Mekah.

Bella telah berkongsi cerita tersebut ketika menjadi tetamu podcast Borak Dalam Galley yang diacarakan oleh Zarul Umbrella dan CK Faizal.

Dedah Bella, terdapat kes di mana jemaah haji atau umrah yang mahu ke tanah suci Mekah untuk beribadah meninggalkan ‘barang’ sebelum berangkat.

tanah suci Mekah

Salah satu pengalaman tidak dapat dilupakannya adalah ketika dia mahu berehat di ‘crew bunk’ di dalam kapal terbang. Ketika itu di mengajak rakan pramugari untuk ke tempat itu namun rakannya meminta Bella untuk naik dahulu.

So I naik ke crew bunk, tengok tengok dia (dah) dekat atas tu. Tapi I tak fikir apa-apa pun. Kita macam kurang percaya sikit benda-benda macam tu masa tu.

Bella kemudian turun semula ke bawah kerana tertinggal berus gigi dan ketika itu dia nampak rakannya mahu naik ke ‘crew bunk’.

I cakap, kau ni kat atas ke kat bawah? Time tu memang takde rasa apa-apa pun, tak tahu kenapa. Tapi selepas ia berlaku, bila balik ‘compound’ dia yang kena rasuk.

Meskipun tidak menyatakan ‘barang’ apa yang dimaksudkan, ramai netizen yang mendakwa bahawa apa yang Bella maksudkan adalah saka yang sudah lama berdamping dengan tuannya.

VIDEO

@zarulumbrellaofficial

Podcast @bo@borakdalamgalley feat @bellanggun Ep 52 – Kisah Cabin Crew Kerasukan Lepas Buat Flight Haji #borakdalamgalley @CK Faizal

♬ original sound – Zarul Umbrella – Zarul Umbrella

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*