“Moga Berjaya Dunia Akhirat” – Tular Kisah Hilang 6 Ahli Keluarga Tahun Lalu, Netizen Sebak Adik Abdur Rahman Kini Lanjutkan Pelajaran Di Universiti

Seperti diketahui ramai, berita mengenai nasib seorang remaja lelaki yang kelihangan enam ahli keluarga dalam satu kemalang maut tahun lalu sememangnya meraih perhatian.

Biarpun sudah setahun berlalu, masyarakat kebanyakannya masih mengikut kehidupan remaja lelaki bernama Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya, Abdullah Amir Ruddin, 16.

Melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Selangor

Terbaru, Abdur Rahman difahamkan telah melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor dan hal itu dapat dilihat melalui hantaran seorang individu di TikTok yang memaparkan remaja itu melaporkan diri di sebuah institusi pendidikan yang terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.

https://www.tiktok.com/@amannnnnnnnnnnn__/video/7300850139181239553?is_from_webapp=1&sender_device=pc

Netizen tumpang gembira

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan tidak berhenti mengucapkan tahniah kepada Abdur Rahman kerana berjaya melanjutkan pelajaran di universiti.

komen

Dalam pada masa yang sama, netizen turut mendoakan Abdur Rahman atau mesra dipanggil sebagai Aman itu berjaya dunia serta akhirat, selain dapat capai cita-cita yang diingini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : bn

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*