“Tiada Sebarang Kenyataan Dikeluarkan Oleh Fazura” – Pengurus Mohon Henti Buat Spekulasi Krisis Rumah Tangga Fazura & Fattah

Boleh dikatakan selepas tular berita mengenai memfailkan cerai terhadap suami, Fattah Amin, pelakon Fazura tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

Melalui kenyataan daripada pengurusnya, Iman Tang, Fazura turut menegaskan pihak pengurusnya termasuk peguam dilantik tidak pernah mendedahkan butiran permohonan cerai atau tarikh prosiding seperti yang ditularkan, semalam.

Susulan itu, Iman menggesa semua pihak untuk berhenti daripada membuat sebarang spekulasi mengenai krisis rumah tangga Fazura serta Fattah.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Fattah Amin (@fattahaminz)

Pihak pengurusan berharap agar tiada pihak membuat sebarang kenyataan berbentuk andaian sendiri bagi mengelakkan pelbagai spekulasi.

Sebelum ini, media melaporkan Fazura telah memfailkan penceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, jumaat minggu lalu.

fazura fail cerai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*