“Z1na Bukan R0gol. Tak Adil Hanya Lelaki Dihukum. Dai Syed Memang Bernasib Malang” – Asiah Abd Jalil

Berita tentang pendakwah bebas, Da’i Syed dihukum penjara 10 tahun dan 3 sebatan selepas didapati bersalah merogol menjadi topik hangat di media sosial.

Peguam, Asiah Abd Jalil bagaimanapun berpendapat Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil dan dua perkara turut mengganggu fikirannya tentang kes itu.

Kes rogol dan kes zina harus dibezakan. Sekiranya “mangsa” ialah seorang wanita dewasa yang rela, ia bukan kes rogol. Apatah lagi jika fakta kes menunjukkan laporan polis mengenai rogol, hanya dibuat setahun selepas kejadian, itu pun setelah si lelaki menolak cinta si wanita.

asiah abd jalil

Tambah Asiah, menghukum seorang lelaki kerana berzina suka sama suka, di bawah undang-undang jenayah sivil, ia adalah salah. Katanya, kedua-dua lelaki dan perempuan yang terlibat hendaklah sama-sama dihukum di bawah undang-undang syariah.

Zina bukan rogol. Tidak adil hanya lelaki dihukum, kerana masyarakat cenderung untuk merasa simpati kepada wanita.

Ujarnya lagi, ketika masyarakat bertepuk tangan dan berseronok kerana Syed didapati bersalah dan dijatuhi hukuman dia pula merasakan sebaliknya.

Saya rasa Dai Syed memang bernasib malang kerana terlibat dengan orang yang salah. Mungkin kalaulah dia membalas cinta, tiadalah laporan rogol dibuat kepada polis. Saya merasakan Dai Syed tidak mendapat perbicaraan yang adil. Semoga ada sinar untuknya di peringkat rayuan kelak.

dai syed hukum penjara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Facebook

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*