[VIDEO] MK K-Clique Kongsi Berita Keh4milan Anak Pertama Pada Hari Lahir Ke-28!

Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique mengumumkan isterinya, Siti Hajaar sedang hamil cahaya mata pertama mereka.

‘Baby bump’ Siti Hajaar

Menerusi perkongsian di Instagram, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik muzik video ‘cover’ lagu berjudul Oke nyanyian asal K3BI.

Di akhir video tersebut, MK menunjukkan dia mencium ‘baby bump’ isterinya.

Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah untuk semua nikmat-nikmat mu ya Allah.

Lebih menarik lagi, MK berkongsi berita gembira tersebut bersempena dengan hari lahirnya yang ke-28 pada Sabtu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa syukur dan mengucapkan tahniah di atas kehamilan pertama isterinya.

Alhamdulillah. MK junior coming soon.

Happy birthday MK, kabul segala hajat.

Alhamdulillah, Semoga dipermudahkan segala urusannya brother.

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*