JURI All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Hetty Koes Endang menjadi sasaran kemarahan netizen susulan memuji kemantapan vokal Siti Nordiana ketika menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah.
Hetty dalam komennya memuji vokal Siti Nordiana lebih merdu berbanding Alyah ketika mendendangkan lagu berkenaan di peringkat final pertandingan itu pada malam Ahad.
Rata-rata berpendapat Hetty tidak profesional dan tindakan tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan Alyah turut hadir pada acara berkenaan bagi memberi sokongan kepada Siti Nordiana atau Nana.
Netizen tidak bersetuju dengan pendapat Hetty.
“Bunda (panggilan Hetty) tak profesional, boleh saja cakap penyanyi asal juga bawa sedap.
“Alyah ini sejuta kali nyanyi lagi sedap daripada Nana. Mohon Bunda pergi Ruqyah telinga,” komen netizen.
Ketika memberi komen, Hetty menanggap Nana melakukan persembahan terbaik kerana berjaya membuat bulu romanya berdiri.
“Menurut Bunda (Hetty) kamu keren! Mantap! Kemajuan yang luar biasa.
“Merinding bulu roma Bunda saat mendengar kamu menyanyi,” katanya.
Tambah individu lain di platform X; “Tak perlulah sampai cakap lagi better dari penyanyi asal lagu tu. Datin Alyah tu suara dia sedap betul, sebutir-sebutir diction dia. Sometimes kena jaga hati orang juga even aku suka Nana but the best deliver Kisah Hati was Datin Alyah.”
Bagaimanapun semasa pengacara Jihan Muse memberitahu Alyah menyanyi lebih baik berbanding Nana, perkara itu disangkal Hetty.
Lebih mencuri perhatian apabila Alyah turut berkongsi salah satu perkongsian netizen yang seolah-olah turut menanggap perbandingan tersebut tidak seharusnya berlaku.
Alyah kongsi luahan hati?
“Tak perlu nak downgrade penyanyi asal sampai macam itu. Agak-agaklah lagi baik. Mengarut!,” komen netizen yang diulang siar Alyah di Instastory.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply