KALAU dah jodoh tak ke mana.
Atas nama cinta, seorang pemuda akhirnya bertemu jodoh dengan anak kepada pensyarahnya sendiri.
Bukan sekadar netizen, malah pengantin lelaki, Mohd Luqman Aiman Mustafa turut tidak menyangka bekas pensyarahnya kini merupakan ibu mentuanya.
View this post on Instagram
Cerita pemuda berusia 28 tahun itu, isterinya merupakan kenalan ketika mereka belajar di sekolah rendah yang sama, namun terputus hubungan.
“Kami satu sekolah, tapi kelas lain-lain. Tapi kami tak banyak bercakap bersama sebab dia (isteri) ketika itu pendiam orangnya, dan saya pula nakal.
“Selepas itu, kami lost contact. Kami bertemu semula pada Mei tahun lalu sewaktu menemani ibu saya membeli air soya di rumahnya,” katanya kepada mStar.
Aiman (dua, kanan) ketika akad nikah.
Lebih mesra disapa Aiman, dia melangsungkan pernikahan bersama gadis pilihannya, Ummu Sakinah Ghazali, 28, pada 5 Ogos lalu.
Bercerita lanjut, Aiman berkata ibu mentuanya, Habibah Ujang, 62, mengajarnya sewaktu menyambung pengajian di Institut al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) di Gemenceh, antara tahun 2013 dan 2016.
Aiman (kiri) bertemu jodoh dengan rakan sekolah.
Aiman mengakui ketika itu ibu mentuanya merupakan pensyarah yang sangat garang.
“Ibu mentua pernah mengajar saya, jadi dia tahu anak muridnya macam mana. Dulu saya memang nakal siap pernah tertidur dalam kelas ketika dia mengajar, tapi saya tetap belajar.
“Selepas berjumpa kembali, perwatakan dia (ibu mentua) sangat berbeza. Dari seorang yang tegas dengan muka serius berubah menjadi lemah-lembut,” ujarnya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan.
Mengulas lanjut, pertemuan semula itu susulan perkenalan antara ibu mentuanya dan ibunya sendiri, Jaliah Nor Binti Jalil, 55, yang berkhidmat sebagai guru.
Pasangan pengantin bersama keluarga.
“Ibu saya cuba satukan saya dengan anak bekas pensyarah yang saya panggil cikgu. Daripada situ, kami mengenali rapat sebelum bertukar jadi suka.
“Isteri saya comel. Dulu di sekolah dia memang pendiam, tapi sekarang dah banyak cakap. Saya terpikat dengan sifat lemah lembut dia dan pandai mengambil hati,” katanya mengenai isteri yang mengusahakan bisnes berasaskan soya di Kampung Titian Akar di Linggi.
Aiman (tiga, kiri) dan isteri (tiga, kanan) bernikah pada 5 Ogos 2023.
Sebelum ini video Aiman bergelak ketawa ketika dia bersalamanan dengan ibu mentuanya tular di media sosial.
Aiman yang merupakan guru mengaji memberitahu, insiden lucu yang terakam sebaik selesai akad nikah itu berlaku apabila dia memanggil ibu mentuanya dengan panggilan ‘cikgu’.
“Selepas akad nikah tu, saya masih panggil ibu mentua dengan panggilan cikgu. Itu yang kami gelak masa tu.
“Dua, tiga hari selepas tu ada juga tersasul panggil cikgu. Tapi sekarang dah panggil mak,” ujarnya yang baru pulang dari cuti berbulan madu bersama isteri di Semporna, Sabah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mStar
Leave a Reply