ANNIVERSARY atau ulang tahun perkahwinan ke-37, pasangan diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diraikan dengan penuh sederhana.
Sering mendapat perhatian ramai lantaran gelagat romantis, bersederhana dan mesra rakyat, pasangan itu mengadakan doa selamat dan bacaan Yasin sempena ulang tahun perkahwinan ke-37 pada 6 Mac 2023.
Majlis tersebut diadakan di Surau Utama, Istana Negara dimulai dengan solat Maghrib berjemaah.
Turut sama dihadiri Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan putera puteri baginda berdua dan kerabat diraja Pahang.
Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Raja Permaisuri Agong yang merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Darul Takzim.
Hampir empat dekad melayari bahtera perkahwinan, seri paduka berdua diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata.
Warga maya teruja dengan sikap sederhana pemimpin negara itu mendoakan agar kedua-duanya diberikan kebahagiaan yang berpanjangan.
– “Good example pemimpin Islam. Jaga rumahtangga, anniversary buat doa selamat. Tak terfikir nak buat macam ni. Nanti kahwin nak buat juga.”
– “Daulat Tuanku, semoga Tuanku sentiasa berbahagia hingga ke jannah.”
-“Selamat hari ulang tahun perkahwinan Seri Paduka Baginda berdua, moga berkekalan hingga ke syurga.”
– “Semoga ALLAH melimpahkan rasa kasih dan sayang kepada Tuanku Agong dan Tuanku Permaisuri Agong berdua.”
Sumber: Instagram Istana Negara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my
Leave a Reply