Pelakon Zarina Zainuddin menyokong keputusan pelawak dan penyampai radio, Shuib untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Zarina menyatakan sokongannya menerusi ruangan komen satu portal berita yang menyiarkan artikel tentang perancangan Shuib untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya dengan wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.
“Biarlah orang tu nak kahwin, dia lelaki mana boleh tahan lama-lama. Kesian dia.
“Maid boleh cari dan jaga anak-anak. Dia pun nak bahagia juga, takkan nak murung sepanjang hidup,” tulis Zarina.
Terdahulu, Shuib pernah meluahkan kekesalannya di atas sikap segelintir netizen yang sehingga kini seolah-olah tidak berpuas hati dengan hubungan rapatnya bersama Watie.
Menurut Shuib, hubungan mereka mendapat restu daripada ibunya malah menyifatkan Watie mempunyai sikap penyayang sama seperti arw4h isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.
“Dia seorang insan yang boleh diharap, penyayang, penyabar serta wanita yang dapat menerima saya seadanya,” kata Shuib.
Shuib dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq m4tin dan Ayash Affan hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Sarah.
Siti Sarah men1ngg4l dvnia pada Ogos 2021 ak1bat j4ngkitan c0vldl9.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply