Nabil Tanya Macam Mana Tiba-Tiba Boleh Jadi Kelakar, Sekali Ini Yang Kepom Beritahu!

Bintang versatil Elly Mazlein mengakui dia sebelum ini seorang yang pemalu dan kurang keyakinan untuk berdepan dengan orang lain.

Menurut Elly, sikap tersebut mulai berubah selepas dia diuji dengan isu sensasi sebelum ini.

“Sebenarnya saya ni pemalu orangnya. Kalau dulu siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu saya seorang yang tak banyak cakap. Saya tiada keyakinan dan sangat pemalu.

“Kadang kalau dengan orang, saya macam ‘eh nak cakap apa ni’. Sampailah satu ketika itu… kadang-kadang orang kata bila kita diuji tu, jangan kita rasa bvruk sangka pada Allah.

“Disebabkan satu dugaan menimpa pada diri saya ketika itu, tiba-tiba saya bertukar jadi macam… ‘no! Tak boleh macam ni, tak boleh orang bvli lagi.’

“Kemudian bila saya buat sesuatu susulan satu benda, tiba-tiba rakyat Malaysia menyokong, menyebelahi. Bermula dari situ, saya merasakan ada orang yang bersama saya,” katanya.

Video:

@hamihar_12

#CapCut bak kata kak lina malaysia perlukan kak lina…#gv9#kaklinapompom #ellymazlin #lucu #lawak #vote

♬ original sound – Imago_rahman – Ima abd rahman

Elly yang mesra disapa Kak Lina berkongsi cerita sejurus diundang sebagai tetamu jemputan di konti radio Era.fm sebagai kejutan buat Nabil.

Terdahulu, ramai yang memberikan komen terhadap energi yang dibawa Elly ketika mengendalikan Gegar Vaganza kesembilan (GV9). 

Komen Netizen:

Kelincahannya dari awal hingga akhir program bersama aks1 spontan menerima reaksi pelbagai di kalangan para penonton.

Nabil menerusi MH menyambut baik keberadaan Elly di pentas GV9 menggantikan Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang anak kedua, bulan lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*