Langgar Polisi Di Nando’s, Alice Chang Diberhentikan Pada Hari Pertama Bekerja

Tular di media sosial mengenai Alice Chang yang sebelum ini bekerja di Auntie Anne’s Kuala Lumpur telah mencium doh roti sehingga menyebabkan premis itu terpaksa ditutup untuk sementara.

Baru-baru ini, dia telah diberhentikan dari sebuah lagi restoran makanan segera, Nando’s Malaysia kerana telah melanggar polisi syarikat.

alice chang

Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan anda mengenai pengambilan Alice Chang sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando’s baru-baru ini.

Semasa proses temuduga, Alice tidak memaklumkan sepenuhnya tentang sejarah kerjayanya yang lalu.

Nando’s Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan Alice Chang telah diberhentikan kerana telah memuat naik beberapa gambar termasuk kawasan sulit di premis itu di akaun media sosialnya.

Premis makanan itu turut menjelaskan mereka sangat komited untuk mengikuti piawaian kebersihan dan keselamatan yang tinggi untuk pelanggan dan kakitangan mereka.

Kami komited untuk mengekalkan piawaian kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan kami.

Nando’s Malaysia juga berkata mereka menghargai sokongan dan kepercayaan para pelanggannya dalam membantu mereka mengekalkan standard perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti.

statement nando's

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : X

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*