“Tiada Pusara Sebab Tiada Jasad” – Berlaku Pada Bulan Puasa, Rita Sosilawati Seb4k Kenang Pembvnuhan Arw4h Ibu

Mengenangkan kejadian perit yang berlaku terhadap ibu 14 tahun lalu, usahawan kosmestik, Datin Rita Sosilawati tidak dapat menahan sebak apabila bercerita tentang kes pembunuhan kejam yang melibatkan ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya.

Anak sebak kenang pembunuhan kejam arwah Sosilawati

Dalam temubual yang berlangsung di radio Kool 101, Rita berkata sejak kejadian perit itu berlaku, sambutan bulan Ramadan dan Syawal sudah berbeza buat dirinya serta keluarga.

@kool101my

“Apa yang kami boleh buat adalah doa. Doa seorang anak tak ada hijab untuk mak,” – Datin Rita Sosilawati. Walaupun dah 14 tahun berlalu, tapi rasa perit kehilangan ibu tercinta dalam keadaan paling tragis tu takkan pernah hilang, kan?💔 Waktu kejadian tu berlaku, Datin Rita masih lagi muda tapi sudah perlu pikul tanggungjawab menjaga adik-adik dan teruskan legasi arwah ibunya. Inilah definisi wanita kuat dan hebat!💪🏻 Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Lebih menyayat hati apabila arwah ibunya tidak sempat disemadikan seperti jenazah Muslim lain susulan jasadnya tidak ditemui.

‘Tak ada pusara sebab tidak ada jasad’

Bagaimanapun, sebagai anak, dia tetap mendoakan arwah biarpun ibunya meninggal dalam keadaan yang tragis.

Kes ini jarang berlaku dan satu dalam sejuta, ia berlaku kepada saya. Bila tak ada badan atau jasad ia adalah kes paling ‘rare’. Sampai sekarang tak ada kubur.

Dalam pada itu, Rita mengakui terkesan dengan kes pembunuhan kejam yang berlaku di dalam Malaysia dan mendoakan agar waris mangsa diberi kekuatan untuk lalui ujian itu.

Sekadar info, pengasas produk kosmetik Nouvelle Visage itu bersama tiga orang individu iaitu pegawai bank, Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandunya, Kamaruddin dilaporkan hilang sebelum disahkah dibunuh pada September 2010.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*