Ira Kazar fail pengesahan lafaz taklik, ada kaitan dengan hantaran di media sosial

KEMELUT rumah tangga antara Syamsul yusof dan Ira Kazar terus menjadi perhatian selepas pengarah it memfailkan cerai terhadap isterinya pada 19 0gos lalu.

Belum selesai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ira atau Faghira Fatini Kazaruddin, 29, memfailkan pula pengesahan lafaz taklik dibuat pengarah berkenaan terhadapnya.

Peguam syarie mewakili Syamsul iaitu Azmi Mod Rais menjelaskan pengesahan lafaz taklik tersebut ada kaitan dengan hantaran dibuat Ira di media sosial miliknya.

“Ira dikatakan langgar taklik. Ada kaitan dengan perbuatan Ira dengan posting dibuat di sosial media, katanya kepada pemberita.

Syamsul menyapa media di luar mahkamah.

Azmi ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada perbicaraan lafaz taklik antara pasangan itu yang berlangsung pada Khamis.

Ira memfailkan pengesahan lafaz taklik pada 27 Ogos lalu.

Azmi dalam masa sama memberitahu Syamsul juga sudah bersedia melafazkan cerai terhadap Ira.

“Selepas Syamsul failkan ceria, Ira pula failkan kes lafaz taklik. Jadi kita cuma selesaikan isu lafaz taklik.

“Lafaz taklik ini akan disiasat oleh mahkamah untuk melihat samada Ira langgar taklik atau tidak. Kita akan lalui perbicaraan siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, Syamsul dan Ira tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 9 pagi bagi menghadiri sebutan pertama kes pengesahan lafaz cerai taklik.

Syamsul ketika ditemui pemberita meminta menunggu keputusan mahkamah berhubung kes penceraian mereka.

“Saya baik, Alhamdulillah. Komen saya, kita tunggu selepas ini (perbicaraan),” katanya ringkas

Azmi (kanan) mewakili Syamsul.

Ira yang hadir memakai baju berwarna hitam dan bertudung perak bagaimanapun enggan mengulas mengenai isu rumah tangganya dengan Syamsul.

Untuk rekod, Syamsul memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu selepas dikatakan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Sebutan yang sepatutnya berlansung pada 27 Ogos itu terpaksa ditunda kepada 25 September depan memandangkan Ira baru sahaja melantik peguam.

Rumah tangga Syamsul dan Ira berdepan ujian.

Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*