“Kami Dah Letih, Hanya Mampu Beri Nasihat Yang Berhubung Dengan Dia Supaya Berhati-Hati, Terutama Wanita” – Ayah Da’i Syed

Ayah kepada Da’i Syed yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan kerana memperkosa seorang wanita 5 tahun lalu tampil membuat satu kenyataan di Facebook miliknya berhubung kes tersebut.

Antara kenyataan Seif Jamalullail, dia menerima banyak mesej daripada orang ramai berkenaan kes anaknya itu dan terpanggil untuk memberi penjelasan.

Ayah Dai Syed beri pesanan

Segala didikan yang telah saya beri kepadanya sejak dari kecil adalah menurut yang agama sarankan dan tindakan untuk menegur serta nasihat kepadanya telah pun saya usahakan sebaiknya, namun tiada upaya lagi bila semua message saya itu telah diabaikan sudah 2 tahun tanpa reply sepatah pun.

Tulis Seif lagi, dia menyerahkan segala urusan kepada Allah S.WT dan memohon agar Dia membawa anaknya kembali ke jalan yang benar dan diredai kerana lebih rela diadili di dunia.

Sekarang saya hanya mampu beri nasihat kepada individu yang bermuamalah dengan dia supaya berhati-hati, terutama pada wanita.

Kami dah letih nak hadap isu semacam ni apalagi adik-adiknya yang masih belajar, mereka tertekan dengan soalan-soalan sindiran dan ejekan dari teman-teman di sekolah.

Pinta Seif, jika ada wanita di luar sana yang mendakwa mereka menjadi mangsa Syed untuk melaporkan kepada pihak berkuasa agar dapat diambil tindakan yang sewajarnya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh SYED IQMAL 🌍 (@daisyed_)

“Peringatan terbuka kepada Da’i Syed, jika benar kamu berakhlak buruk seperti yang didakwa, janganlah kamu menggunakan agama sebagai topeng untuk menutup segala kebejatan kerana perbuatan itu lebih hina dari iblis. Tinggalkan dunia selebriti dan kembalilah ke jalan Allah dan jalan leluhurmu. Kami semua merinduimu Iqmal yang dahulu” tulis bapa Da’i Syed lagi.

Kenyataan panjang lebar itu kemudiannya dipadam Seif tidak lama kemudian.

Da'i Syed dihukum penjara 10 tahun tuduhan rogol

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*