TikToker Otam sayu saksi Mak Menah hembus nafas terakhir… Tiada lagi watak ‘Makcik Petir’

“SELAMAT tinggal Mak Menah.”

Begitulah ungkapan pempengaruh media sosial, Mohd Rustam Johari atau OtamBlurr ketika berkongsi khabar duka mengenai kematian sepupu kesayangannya.

Otam ketika dihubungi portal hiburan berkata, pemergian Mak Menah atau nama sebenarnya Ramnah Abdul Ghani pada pagi Jumaat disebabkan Hipoglisemia iaitu kesan sampingan rawatan kencing manis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Otam Blurr (@otamblurr)


“Mak Menah meninggal disebabkan hypo (hipoglasemia). Sebelum ni, arwah ada kencing manis. Tapi punca kaki kanan dia kena potong disebabkan ada terpijak paku minggu lalu.

“Tak sangka pula punca daripada terpijak paku tu boleh melarat sampaikan kena buat pembedahan pada kaki arwah,” ujar Otam yang tinggal di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka.

Bercerita lanjut, Otam menjelaskan sepupunya yang popular di media sosial TikTok dengan watak “Makcik Petir’ itu menjalani pembedahan potong kaki pada minggu lalu.

Namun, tiada sebarang tanda-tanda menunjukkan Mak Menah yang berusia 58 tahun itu akan pergi buat selamanya.

“Masa awal pagi hari Jumaat, adik Mak Menah nak bawa dia pergi buat pemeriksaan dekat klinik.

Masa tu adik dia tengok, Mak Menah ni tak macam hari-hari biasa.

“Dua hingga tiga hari ni dia agak ceria dan macam tak ada apa-apa masalah pun. Tapi bila tengok keadaan dia yang agak memburuk pagi tu… adik Mak Menah terus telefon mak saya.

“Lepas dapat tahu terus mak kejut saya pergi tengok dia. Mujurlah rumah kami ni dekat. Selang tiga buah rumah je dari rumah arwah,” ujar Otam.

Menurut Otam yang memiliki lebih 120,000 pengikut di TikTok itu, Mak Menah disahkan meninggal dunia di kediamannya pada pukul 8.45 pagi.

Lepas ni sudah tak ada lagi la tempat saya nak bergurau dan memekik.

‘MOHD RUSTAM

SEPUPU MAK MENAH

“Bila sampai dekat rumah arwah, saya tengok keadaan dia masih bernafas. Kami dua beranak tolong betulkan keadaan katil Mak Menah. Tapi lepas tu saya mula perasan dia dah tak bernatas.

“Kami pun check la denyutan nadi Mak Menah. Memang dah ‘tak ada’. Arwah meninggal betul-betul depan mata saya. Nak meyakinkan lagi kami telefon ambulans. Paramedik tiba dan sahkan kematian dia” kata Otam.

Pemergian Mak Menah ini sudah pasti member kesan kepada mereka yang mengenali individu berkenaan dengan keletahnya sebelum ini.

Walaupun tidak mempunyai akaun media sosial sendiri, telatah arwah yang ceria sering dikongsikan Otam bagi menghiburkan hati warga maya yang terhibur dengan loghat Melaka Mak Menah.

Otam berkongsi keadaan Mak Menah sebelum disahkan meninggal dunia pada Jumaat.

“Saya memang terkesan sangat dengan pemergian Mak Munah ni walaupun kami jarang-jarang jumpa sebab kekangan kerja.

“Ada momen-momen dan kenangan buatkan saya tak boleh lupakan dia. Saya selalu bergurau kasar dengan dia, jadi benda-benda macam ni sudah sebati dengan kami.

“Lepas ni sudah tak ada lagi la tempat saya nak bergurau dan memekik. Pastinya saya akan rindu rendang air tangan Mak Munah dan semestinya rindu telatah memetir arwah,” katanya.

sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*