Albertine Leo ditemukan selamat di Batang Kali

Kuala Lumpur: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Iskandar Puteri, Johor Bahru, Sabtu lalu ditemukan selamat.

Mangsa, Albertine Leo Jia Hui ditemukan di satu lokasi di Batang Kali, Selangor dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan terbabit.

Satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung penemuan kanak-kanak berkenaan.

Semalam Polis Johor menahan tiga individu bagi membantu siasatan kes kehilangan mangsa.

Albertine Leo disedari hilang oleh kira-kira 8.30 malam, Sabtu lalu ketika di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri di Johor Bahru.

Kes kehilangannya itu sudah diklasifikasikan semula daripada laporan orang hilang kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : hm

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*