“Ada Perkara Perlu Disemak..” – Muncul Perc4nggahan Keterangan Antara Saksi & Ibu Bapa Zayn Rayyan, Si4satan Diteruskan

Terkini, siasatan berhubung kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan masih lagi berjalan lagi-lagi apabila wujud percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa kepada Zayn.

Ada beberapa aspek perlu disemak semula

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya akan menggunakan tempoh reman enam hari ke atas kedua ibu bapa Zayn itu untuk siasatan yang lebih teliti di samping terdapat beberapa perkara yang harus disemak semula oleh pihaknya.

Ada perkara perlu disemak semula, wujud perkara yang tidak selari dengan keterangan saksi sehingga menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.

Sambungan reman enam hari ke atas ibu bapa Zayn Rayyan akan digunakan untuk selesaikan siasatan, termasuk melihat semula beberapa aspek kes seperti keterangan saksi dan bukti fizikal.

Beri laluan untuk siasatan polis

Tambah Hussein, masih terlalu awal untuk menentukan sama ada pertuduhan di mahkamah akan dibuat atau lebih banyak tangkapan dilakukan. Hal itu bergantung kepada hala tuju siasatan dalam masa enam hari ini.

Untuk masa ni, berikan ruang kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Tidak wajar memberikan butiran terperinci yang boleh mengganggu siasatan.

Polis akan tentukan sama ada peguam boleh berjumpa dengan ibu bapa Zayn Rayyan dalam tempoh atau selepas reman itu.

Untuk info, ibu bapa kepada Zayn Rayyan telah direman selama tujuh hari berakhir pada Jumaat lalu telah disambung sehingga Rabu depan bersamaan 12 Jun.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor, sekitar jam 10 malam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*