Pot0ng kuku, cvkur misai suami jadi rutin… Isteri cuma tak nak sia-siakan ladang pahala, pelik ramai kurang senang

SETIAP antara kita mempunyai cara tersendiri dalam menghargai dan menunjukkan rasa kasih kepada insan tersayang.

Namun seiring perubahan zaman, cara kasih sayang ditonjolkan juga berubah mengikut trend dan arus pemodenan.

Melalui satu video tular di laman TikTok, tindakan romantis seorang isteri membantu memotong kuku kaki suami nampaknya kurang disenangi warga maya yang menganggap caranya itu kolot.

Kak Lin sanggup berkorban segalanya untuk suami tercinta.

Bercerita lanjut, wanita berkenaan, Mazlin Omar, 44, berkata dia langsung tidak mempunyai niat untuk menunjuk-nunjuk.

“Ada yang kata saya terpaling Islamik, bukan sebenarnya. Ia sekadar perkongsian, dah jadi rutin antara saya dengan suami buat begitu setiap hari Jumaat. Seperti kita tahu, sunah untuk potong kuku pada penghulu segala hari.

“Saya bukan setakat potong kuku suami je, anak saya seramai 10 orang pun saya tolong potongkan kalau berkelapangan. Ia adalah inisiatif saya untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Saya tak faham di mana salahnya?

 

“Selain potong kuku, saya juga selalu sikat, letak minyak rambut dan cukur misai atau janggut suami. Sebagai seorang suri rumah, suami adalah ladang pahala untuk saya. Peluang sudah terhidang, tinggal nak rebut je.

“Tak kan nak sia-siakan pula, dosa kita pun dah cukup banyak kan. Sebab itu saya tak segan bermanja-manja dengan suami,” katanya yang senang disapa Kak Lin dan kini menetap di Beranang, Selangor.

Usia rumah tangga Kak Lin kini mencecah empat tahun dan sebelum ini dia merupakan ibu tunggal dengan dua cahaya mata, manakala suaminya merupakan bapa tunggal kepada tujuh anak.

Komen negatif bertalu-talu saya cuba tepis, saya yakin perkongsian saya ada manfaatnya.

MAZLIN OMAR

Anak bongsu yang berumur dua tahun merupakan satu-satunya zuriat hasil perkahwinan Kak Lin dengan suaminya kini.

Kak Lin juga mendedahkan beberapa komen netizen yang mengguris hati dan membuatkan dirinya tersentak.

“Ada yang anggap suami orang kurang upaya (OKU) dan ada juga yang syak suami sakit, sebab tu tak boleh potong kuku sendiri. Sedih saya baca, celupar betul mulut orang kita.

 

Kak Lin menyayangi keluarga besarnya bagai menatang minyak yang penuh.

“Suami saya usahakan perkhidmatan logistik, melibatkan penghantaran barang untuk orang yang berpindah rumah, kilang dan sebagainya. Jadi selalu juga outstation dan jarang berada di rumah.

“Sesekali suami balik, saya cuba layan dengan sebaiknya. Itu semua pahala untuk saya. Kami masing-masing ada tanggungjawab, suami bekerja, saya pula jaga anak dengan rumah.

“Komen negatif bertalu-talu saya cuba tepis, saya yakin perkongsian saya ada manfaatnya. Saya perasan sesetengah netizen ada juga yang terinspirasi dan mahu layan suami mereka seperti cara saya, syukur Alhamdulillah,” ujar Kak Lin.

Kak Lin berharap rumah tangganya berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Dalam pada itu, Kak Lin juga mengulas kritikan netizen mengenai keadaan rumahnya yang dikatakan bersepah.

“Ada yang tegur suruh kemas rumah dulu sebelum potong kuku suami. Kena faham, saya duduk di rumah dengan 10 orang anak, kebanyakannya pula lelaki. Yang sulung umur baru 19 tahun, mereka sangat aktif.

“Bukan senang nak biarkan rumah tersusun sepanjang waktu. Tidaklah sampai saya abaikan kebersihan, perkara yang mustahak tetap saya jaga. Saya rakam video tu pun spontan, saya bukan fake nak susun barang semua baru buat content.

“Waktu video tu dirakam, suami tengah rehat sekejap sebelum pergi solat Jumaat, itu yang saya ambil peluang untuk potong kuku dia, anak-anak masih di sekolah,” kata Kak Lin menutup bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*