Cara Pemindahan & Pengeluaran KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP ahli berkuat kuasa 12 Mei 2024. Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan bagi menangani keperluan kitaran hidup ahli.

KWSP perkenal Akaun Fleksibel

Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu anda tahu berkaitan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP

KWSP kini memperkenalkan tiga akaun baharu:

Akaun Persaraan (75%) : Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.

Akaun Sejahtera (15%): Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.

Akaun Fleksibel (10%): Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.

Cara pemindahan ke akaun 3

1.Login I-Akaun

2. Klik pada Ketahui Lanjut (Atas Kiri)

3. Baca dan faham penerangan yang diberikan sebelum meneruskan.

4. Klik teruskan

5. Jika berminat untuk pemindakan, klik ‘Pindah Sekarang’

6. Klik teruskan

7. Anda akan dimaklumkan jumlah SEBELUM pemindahan dan SELEPAS pemindahan


8. Klik teruskan jika anda bersetuju

9. Baca Perakuan Ahli dan klik Terima untuk meneruskan proses pemindahan.

10. Klik Ya untuk meneruskan proses ini.

11. Pilihan pindahan berjaya (Kelulusan 3-5 hari bekerja). Permohonan anda adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditentukan oleh KWSP.

Syarat pengeluaran wang dari akaun Fleksibel

-Warganegara dan Bukan Warganegara

-Belum mencapai umur 55 tahun

-Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel

-Pengeluaran pada bila-bila masa dan had minimum pengeluaran RM50

-Permohonan bagi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel boleh dibuat secara dalam talian melalui KWSP i-Akaun atau di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

-Pemindahan ke akaun fleksibel hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja dan tarikh akhir pemindahan adalah 31 Ogos 2024. Anda juga boleh memilih untuk TIDAK memindahkan sebarang amaun ke Akaun 3.

Cara pengeluaran dari akaun 3

Selepas permohonan membuat pemindahan amaun permulaan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel) berjaya, anda boleh membuat pengeluaran dari Akaun 3 ke akaun bank anda.

1. Login i-Akaun dan klik pengeluaran

2. Klik pengeluaran simpanan anda

3. Pilih jenis pengeluaran (akaun fleskibel)

4. Jumlah yang dibenarkan keluar tertera di atas

5. Klik keluarkan sekarang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Ecentral, Facebook Firdaus Shakirin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*