Bapa Teuku Ryan sal4hkan anak sendiri, Ria Ricis selalu meng4du suami lebih pentingkan kawan

BAPA kepada Teuku Ryan iaitu Rustam Efendi tidak berpihak kepada anaknya berkaitan kes penceraian pelakon itu dengan Ria Ricis.

Memetik laporan Kompas, Rustam yang ditemui di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selantan pada Isnin memberitahu dia enggan memberi sebarang komen tentang perbicaraan kes tersebut.

Kata Rustam, dia meletakkan kesalahan itu kepada Ryan kerana gagal menjadi seorang ketua keluarga yang baik.

Usia perkahwinan Teuku dan Ria belum pun mencecah tiga tahun.

“Saya tetap menyalahkan Ryan kerana dia adalah ketua keluarga. Sepatutnya dia boleh menyelesaikan masalah ini semua. Saya tetap menyalahkan Ryan,” katanya.

Dalam pada itu, Rustam memberitahu dia sering menerima aduan daripada Ria yang mendakwa suaminya itu selalu melebihkan kawan daripada keluarga sendiri.

“Ria mengadu Ryan selalu keluar minum kopi dan lebih mementingkan rakan-rakannya.

“Sewaktu Ria hamil dia (Ryan) masih lagi keluar minum kopi dan katanya bersama rakan perniagaan,” ujarnya.

Untuk rekod, Ryan dan Ria atau Ria Yunita, 29, mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 di Hotel InterContinental Pondok Indah, Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa yang kini berusia 18 bulan.

Bagaimanapun pada 30 Januari lalu, Ria memfailkan penceraian terhadap Ryan walaupun rumah tangga dibini baharu sahaja mencecah usia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*